lifestyle

Sukakan 'Desserts' Lain Dari Yang Lain? Jom Ikuti Resipi Pancake Cendol Ini!

Anda gemar makan cendol dan pancake? Kini anda boleh enjoy kedua-duanya sekali!

Cover image via SAYS

Minggu ini kami bereksperimen di dapur untuk hasilkan pencuci mulut yang lain dari yang lain. Dan inilah hasilnya... Pancake Cendol!

Image via SAYS

Resipi fusion yang menggabungkan pancake dengan cendol ini memang unik rasanya. Nak cuba? Begini caranya:

Bahan-bahan (pancake):
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 1 1/4 cawan susu
- 1 sudu besar gula
- 1 biji telur
- Pewarna hijau
- Perisa pandan

Bahan-bahan (sos gula melaka):
- 200g gula melaka
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (topping):
- Aiskrim kelapa
- Jagung manis
- Kacang merah

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul tepung gandum, baking powder, susu, gula, telur, perisa pandan dan pewarna hijau.
2. Dengan menggunakan api kecil, panaskan sesenduk adunan di atas kuali.
3. Apabila adunan mula menggelembung, terbalikkan dan masak beberapa minit.
4. Di dalam periuk lain, didihkan air, gula melaka dan garam hingga pekat.
5. Hidangkan pancake dengan ais krim kelapa, jagung manis, kacang merah, dan sos gula melaka.

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Minat desserts? Cuba resipi-resipi ini pula: