lifestyle

Menu Diet: Resipi Ikan Salmon Bakar Pedas Ringkas, Lazat, Dan 'Low-Carbs'

Hidangan istimewa Ikan Salmon Bakar Pedas ini ringkas dibuat dan sesuai untuk penggemar makanan laut dan makanan pedas!

Cover image via SAYS

Dah bosan makan salad? Upgrade menu diet anda dengan hidangan istimewa Ikan Salmon Bakar Pedas Ini yang cukup guilt-free dan sangat sedap untuk dimakan!

Bukan sahaja enak untuk dinikmati, resipi ini juga merupakan hidangan yang sangat sihat kerana dibuat hanya menggunakan bahan-bahan segar, sayur-sayuran dan Ikan Salmon yang memang cukup tinggi dengan nutrien Omega-3. 

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Ikan Salmon Bakar Pedas:

Bahan-bahan

- Fillet Ikan Salmon
- Brokoli 1/2 cawan (dipotong dadu)
- Terung 1/2 cawan (dipotong dadu)
- Bawang Kuning 1/2 cawan (dipotong dadu)

Bahan-Bahan (Sos)

- Cili Boh (3 sudu besar)
- 3 batang cili merah
- 1 sudu besar belacan bakar
- 6 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 ½ inci halia
- 1 inci kunyit
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil gula perang
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- 1 sudu besar minyak sayuran

Bahan-bahan lain:
- Aluminium foil
- 1 helai daun pisang

Cara-cara:

1. Kisarkan cili boh, cili merah, belacan bakar, bawang merah, serai, halia, kunyit hidup, sos ikan, minyak sayuran, dan gula perang sehingga lumat. 
2. Di atas sekeping aluminium foil, lapikkan daun pisang dan masukkan sayuran bawang, terung, zuchinni kuning dan brokoli. Kemudian masukkan ikan salmon. 
3. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
4. Salutkan ikan salmon dengan bahan kisar.
5. Bakar pada suhu 210 celcius selama 10-15 minit (atau sehingga masak)
6. Taburkan dengan hirisan daun bawang untuk sedikit kesegaran.
7. Ikan Salmon Bakar Pedas sudah pun siap!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan pelbagai lagi resipi makanan laut ringkas dan enak di bawah:

Kunjungilah salah satu 'port' seafood yang memang best di bawah ini:

You may be interested in: