Restoran 'Seafood' Kreatif Ini Sajikan Shell Out Khas Untuk Peminat Nasi Lemak!
Memang next-level!
Jika baru-baru ini Burger Nasi Lemak McD mencuri tumpuan para foodies, kini para peminat nasi lemak boleh mencuba satu lagi santapan unik berinspirasikan hidangan kegemaran ramai ini
Diberi nama Nasi Lemak Cajun, hidangan menarik yang disediakan di restoran Just Seafood ini disajikan khas untuk anda yang idamkan hidangan shell out dengan sedikit kelainan
Hidangan fusion Amerika-Malaysia ini memuatkan pelbagai jenis makanan laut segar yang dimasak dengan kuah rendang, ditabur dengan kacang dan ikan bilis, dan dihidang pula bersama nasi lemak panas-panas!
Seafood lambak yang disediakan termasuk ketam, udang, kepah, kerang, kupang, dan sotong kembang. Harganya pula bermula dari RM119++ (untuk menu dua orang) ke RM429++ (untuk menu lapan orang).
Untuk yang inginkan sesuatu yang betul-betul next-level, anda boleh mencuba menu unik terbaru di sini iaitu Creamy Durian Seafood!
Memang pelik bunyinya, tetapi ramai yang mencuba hidangan ini berkongsi bahawa kombinasi ini tidaklah sejanggal yang disangka. Durian yang digunakan di dalam kuah berkrim ini dikatakan memberikan perisa seakan-akan kuah lemak tempoyak!
Hidangan unik ini lebih sedap lagi apabila dimakan bersama roti goreng mantou yang disediakan!
Tak sabar untuk ber*shell out* di Just Seafood? Dapatkan info lanjut di sini:
Alamat: A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 10.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6012 229 0855
Info lanjut di: Facebook