8 Port Pekena Ais Kepal Milo Viral Sekitar KL & PJ. Jom Serbu!
Memang cheat day la cerita dia. :D
Trend yang bermula di Kuala Kangsar ini kini boleh dinikmati di beberapa tempat sekitar Lembah Klang! Ikuti senarainya di sini:
1. Milo Kepal Ketagih @ Puchong
Ais Kepal Milo yang dihidang tinggi menggunung di sini bertambah lebih sedap dengan mangkuk besi old-school yang digunakan. Alang-alang di sini, jangan lupa untuk cuba Laksa Telur Goyang sekali.
Alamat: Gerai Kiosk MPSJ, Jalan BPU 1, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 1 petang - 7 malam
No. Telefon: +6012 680 8240
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. Johnny's Ice Kepal @ Kampung Datuk Keramat
Ais kepal Milo yang dihidangkan di gerai popular ini cukup meriah dengan pilihan topping berwarna-warni. Bancuhan Milonya yang extra pekat membuatkan ramai sanggup meredah queue panjang di sini!
Alamat: Johnny's Ice Kepal, Taman Sepakat, Jalan AU3/12, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11 pagi - 7 malam (Selasa - Khamis)
2.30 petang - 9 malam (Jumaat)
11 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +6012 216 5234
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Ais Kepal Milo Danau Kota
Peminat Ais Kepal Milo jangan terlepas untuk mencuba dessert ini di sini, dengan sos Milo yang tidak kedekut dan pilihan topping Honey Stars, M&M's dan kekacang. Nak lagi best, semangkuk ais kepal Milo diberikan percuma untuk anda yang sedang menyambut hari jadi dan juga kepada wanita hamil!
Cawangan: Taman Setapak Indah | Uptown Danau Kota
No. Telefon: +6018 207 8422
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. Ais Kepal Milo Viral @ Taman Medan
Terletak di Taman Medan, berhadapan Speed Char Kuey Teow, gerai Ais Kepal Milo legend ini melengkapkan lagi manisan viral ini dengan Nestum, kekacang, serbuk Milo dan wafer gulung. Gerenti puas!
Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Taman Medan, Jalan PJS 2C/2, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 9 malam (Jumaat - Rabu)
Tutup setiap Khamis
No. Telefon: +6011 2717 1774
5. Kopi Siam 129 @ Cheras
Tengok gambar Ais Kepal Milo di sini saja pun dah terliur! Ais kepal menggunung dituang dengan Milo pekat meleleh ini memang sesuai untuk cheat day anda - lagi-lagi kalau dinikmati bersama Roti John Cheese di sini.
Alamat: Kopi Siam 129, No. 1, Jalan Teratai 1/2E, Taman Bukit Teratai, Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: 5 petang - 1 pagi (setiap hari)
No. Telefon: +6017 555 1790
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
6. Ais Kepal Milo Viral @ Sentul
Inginkan Ais Kepal Milo yang ekstra special? Di gerai ini anda boleh take it to the next level dengan topping ais krim, serbuk Milo dan chocolate rice!
Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 1.30 petang - 7 malam (setiap hari)
No. Telefon: +011 1153 0267
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
7. Daughter's Kitchen @ Sungai Buloh
Bebola ais bersalut Milo likat yang disediakan di Daughter's Kitchen ditabur dengan sedikit kekacang. Memang layan! Sambil-sambil enjoy ais kepal, anda boleh juga mencuba bermacam-macam hidangan Western dan tempatan yang sedap di sini.
Alamat: Daughter's Kitchen, Lot 105 Kampung Melayu Batu 13 1/2, Sungai Buloh
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 11 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +6013 367 8494
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
8. Ais Kepal Milo Mr. ABDS @ Sentul
Yang menariknya di sini, bukan perisa Milo saja yang disediakan. Ais Kepal Horlicks pun ada! Ditabur pula dengan Oreo, versi ini memang wajib anda cuba.
Alamat: Ais Kepal Mr. ABDS, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 1.30 petang - 7 malam (setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!