Resepi Bergedil Sayuran 6 Bahan Yang Boleh Dimasak Dalam Masa Yang Singkat
Sangat simple untuk membuat hidangan Bergedil Sayuran ini. Healthy pulak tu! :D
Resipi Bergedil Sayuran ini memang khas untuk anda yang ingin hasilkan snek tanpa menggunakan banyak wang dan juga masa
Tidak kira jika anda inginkan quick breakfast, snek untuk menonton televisyen atau untuk hidangan minum petang, bergedil yang cukup menyelerakan ini memang sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja!
Begini caranya untuk membuat Bergedil Sayuran:
Bahan-bahan:
- 800g kentang (direbus)
- 1/2 cawan brokoli rebus (dicincang)
- 1/2 cawan keju cheddar
- 4 sudu besar serbuk roti
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Daun bawang (topping)
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang yang sudah direbus.
2. Masukkan brokoli, keju cheddar, serbuk roti, telur, garam dan lada hitam. Gaul.
3. Bentukkan campuran kepada bentuk patty dan letakkan atas baking pan yang telah dilapikkan dengan aluminium foil.
4. Bakar bergedil pada suhu 190°C selama 10 minit.
5. Tabur daun bawang sebagai topping. Bergedil Sayuran siap untuk dihidang!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!