Resipi Ini Khas Untuk Anda Yang 'Curious' Untuk Tahu Bagaimana Rasanya Chicken Pizza
Begitu mudah untuk dibuat sendiri ;)
Jika dulu kami berjaya membuat pizza daripada Indomie, kali ini kami bereksperimen pula membuat pizza menggunakan kepingan ayam goreng yang diinspirasikan oleh Chizza. Hasilnya: Memang terbaik!
Ingin cuba resipi Chicken Pizza ini di rumah? Begini caranya:
Bahan-bahan (salutan ayam):
- Dada ayam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu garam besar
- 1 sudu lada hitam
- 2 biji telur
Bahan-bahan (topping Hawaiian Chicken):
- Sos pizza
- Mozarella
- Dada ayam goreng
- Daun selasih (jika mahu)
- Lada hitam (jika mahu)
Bahan-bahan (topping pepperoni):
- Sos pizza
- Mozarella
- Cili benggala
- Pepperoni
- Daun selasih (jika mahu)
- Lada hitam (jika mahu)
Cara-cara:
1. Gaul tepung bersama garam dan lada hitam.
2. Salut ayam dengan adunan tepung, kemudian dengan telur, kemudian dengan adunan tepung balik semula.
3. Goreng hingga keemasan.
4. Hiasi pizza dengan bahan-bahan topping mengikut perisa yang diingini.
5. Microwave 5 minit sehingga keju cair.
6. Tabur daun selasih dan lada hitam.
7. Siap untuk dihidang!
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!