3 Resipi Kerabu 'Seafood' Menarik Anda Boleh Hasilkan Dalam Masa Yang Singkat
Resipi kerabu-kerabu makanan laut ini sangat ringkas untuk dibuat dan sangat lazat untuk dinikmati!
Resipi-resipi kerabu ini cara menarik untuk menghidangkan makanan laut
Dengan menggunakan bahan-bahan segar, dan juga pelbagai jenis sayuran, anda pasti dapat menghasilkan hidangan yang cukup lazat dan sangat sihat untuk dinikmati.
Anda boleh menikmati hidangan ini dengan nasi putih panas bersama lauk-pauk, ataupun juga boleh dijadikan sebagai salad bekal makan sihat pun boleh!
1. Kerabu Sotong Limau
Bahan-bahan:
- 500g sotong (direbus)
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar jus limau
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 5 biji cili padi (dihiris)
- 6 helai daun ketumbar (dicincang)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 1 batang serai (dicincang)
- 1 biji tomato (dipotong empat)
- 2 biji cili merah (dihiris)
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, jus limau gula, garam, cili padi, daun ketumbar, bawang besar, serai, tomato, cili merah dan sotong rebus.
2. Kerabu Sotong Limau sudah siap!
2. Kerabu Udang Mangga
Bahan-bahan:
- 8 ekor udang (direbus)
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 6 helai daun ketumbar (dicincang)
- 5 biji cili padi (dihiris)
- 1 biji mangga muda (dihiris)
- Limau
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, gula, garam, mangga muda, cili merah, daun ketumbar, cili padi dan bawang besar.
2. Perah limau ke atas kerabu.
3. Kerabu Udang Mangga sudah siap!
3. Kerabu Kerang Taugeh
Bahan-bahan:
- 1 cawan kerang (direbus)
- 1 cawan taugeh (dicelur)
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar jus limau
- 5 biji cili padi
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 6 helai daun ketumbar (dicincang)
Cara-cara
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, jus limau, cili padi, gula, garam, daun ketumbar, taugeh dan kerang rebus.
2. Kerabu Kerang Taugeh sudah siap!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!