Kami Cuba Resipi Rambutan Asam Boi Viral Ini Dan Terus 'Addicted'!
Manis ada, masin ada, masam ada, pedas ada; memang complete rasanya.
Pasti ramai yang perasan resipi Rambutan Asam Boi ini mula membanjiri news feed masing-masing kebelakangan ini
Kami pun ambil keputusan untuk cuba resipi yang kian viral ini, dan memang terkejut betapa sedapnya resipi jeruk rambutan ini! Ikuti resipinya di sini:
Bahan-bahan:
- Rambutan
- 100g asam boi
- 9 biji limau
- 8 cili padi
- 2 sudu besar madu
- Garam
Cara-cara:
1. Hiris cili padi dan limau.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama rambutan, asam boi, madu dan garam.
3. Simpan di dalam bekas kedap udara semalaman di dalam peti sejuk.
4. Hidang!
Buah rambutan memang enak dijadikan jeruk sebegini kerana sifatnya yang dapat menyerap setiap perasa dengan baik, daripada kemanisan madu kepada kepedasan hirisan cili padi
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!