[VIDEO] Guru Jadi Penumpang, Pilot Ini Beri Kejutan Yang Buatkan Ramai Sebak Dalam Pesawat
Sedihnya... :(
Baru-baru ini telah tular di media sosial di mana seorang pilot Turkish Airlines melakukan kejutan sebagai tanda penghargaan kepada bekas gurunya
Kejadian yang amat menyentuh hati itu telah dilakukan oleh anaknya sendiri iaitu Mithat Okhan Onan yang sedang mengendalikan pesawat tersebut pada hari itu.
Mithat dikatakan telah membuat kejutan kepada bekas gurunya yang juga ayahnya iaitu Selahattin Onan.
Pada hari tersebut, Selahattin Onan merupakan antara salah seorang antara ratusan penumpang yang menaiki pesawat yang dikendalikan oleh anaknya itu
Ianya juga telah dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh anaknya menggunakan alat pembesar suara yang disediakan di bahagian kokpit pesawat tersebut.
Baca ucapan yang begitu menyentuh hati di bawah:
”Kepada semua penumpang, hari ini adalah hari yang sangat penting. Sepanjang enam tahun saya bergelar juruterbang dan sebahagian daripada keluarga Turkish Airlines, ini adalah kerana jasa dan usaha guru saya, Selahattin Onan, seorang tenaga pengajar juruterbang yang bersama-sama dengan kita hari ini.
”Ia adalah sesuatu yang sangat indah untuk memiliki seorang guru seperti ayah kamu sendiri. Dia adalah seorang kapten selama 20 tahun, dan bergelar tenaga pengajar selama 10 tahun mendidik dan melahirkan ribuan juruterbang yang lain, membesarkan kami seperti anaknya sendiri.
”Dengan ini, saya mewakili semua anak muridnya, ingin menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepadanya dan saya secara peribadi merasa sangat bersyukur. Saya sangat bertuah anda menjadi guru saya, dan saya lebih bertuah kerana anda juga ayah saya.”
Ketika ucapan tersebut diberikan, Selahattin kelihatan tidak dapat menahan sebak dan kesedihan lalu menitiskan air mata. Malah, penumpang yang lain juga turut berkongsi kesedihan yang sama.
Bukan setakat itu sahaja, ucapan tersebut diikuti dengan kejutan yang datang dari belakang ketika beberapa orang juruterbang hadir dengan membawa sejambak bunga lalu mencium tangannya sebagai tanda penghargaan.
Beberapa orang penumpang yang lain juga turut terkesan dan menitiskan air mata.
Akhirnya, anak kandungnya juga turut keluar daripada kokpit pesawat tersebut untuk berjumpa dengan ayahnya sebagai tanda penghargaan kepada bekas guru dan juga ayahnya itu.
Tonton video penuh di bawah:
Sumber: YouTube Turkish Airlines | Haberler.com