makan

9 Potongan Daging Anda Wajib Kenali Dalam Bahasa Melayu. Senang Nak Beli Kat Pasar Nanti!

Daging chuck, sirloin dan tenderloin antara jenis potongan daging yang anda wajib tahu!

Cover image via affino.com fginsight.com

Pernah tak anda ke restoran makanan barat dan tergamam dengan pelbagai pilihan daging-daging steak yang terdapat di menu?

Image via giphy.com

Bukan sahaja di restoran, malah apabila di pasar juga. Anda pasti pening kepala memikirkan tentang potongan-potongan daging selain dari daging batang pinang dan tulang rusuk. Ini kerana kebanyakan nama daging kebiasaannya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris. 

Untuk menyenangkan anda, kami sudah terjemahkan nama-nama potongan daging ke dalam Bahasa Melayu :D 

Jom ketahui 9 potongan daging ini:

1. Chuck - Bahu

Chuck, iaitu daging dari bahagian bahu lembu mempunyai tekstur yang lembut tetapi tidak selembut daging batang pinang kerana mempunyai jumlah tisu penghubung (connective tissues) yang tinggi. Namun begitu, bahagian bahu ini mempunyai rasa daging yang mantap.

Potongan daging ini sesuai sekali jika dimasak mengguna method 'low-and-slow' yang menggunakan suhu api yang rendah pada jangka masa yang lama. Antara masakan yang sesuai ialah stew, kari dan gulai

2. Rib - Tulang Rusuk

Rib, iaitu tulang rusuk terletak pada separuh bahagian atas lembu. Ia merupakan daging premium yang paling disukai ramai kerana tidak memerlukan masa memasak yang lama untuk mendapatkan hasil daging yang lembut. Selain itu, rasa daging ini juga menjadi lebih menyerlah apabila diperap dengan rempah ratus. 

Di potongan daging ini, terdapat potongan stik seperti rib eye (mata rusuk), short ribs (rusuk pendek) dan prime ribs. Bahagian daging ini memang sangat sesuai apabila dimasak sup tulang ataupun sup daging kerana tulang daging mempunyai banyak rasa daging. 

3. Short Loin - Loin Pendek

Short loin, dikenali sebagai loin pendek merujuk kepada bahagian belakang lembu yang ditengah. Bahagian ini merupakan potongan yang paling lembut kerana ia mempunyai jumlah otot yang paling tinggi tetapi tidak mendapat banyak pergerakan. 

Di bahagian inilah terdapatnya beberapa potongan stik yang premium seperti stik Porterhouse, stik T-bone dan stik New York Strip. Bahagian ini memang sesuai dipanggang di atas api yang kuat pada jangka masa yang singkat untuk mendapatkan isi yang sangat juicy

4. Tenderloin - Daging Batang Pinang

Daging batang pinang ataupun tenderloin merupakan sebahagian kecil daripada potongan loin pendek. Bahagian daging batang pinang ini memang popular sekali kerana teksturnya yang sangat lembut. Antara potongan stik yang terdapat pada bahagian ini ialah filet mignon dan chateaubriand 

Bahagian ini bersesuaian dengan pelbagai cara memasak tetapi dalam masakan Melayu, daging batang ini selalunya digunakan dalam rendang, gulai, kari dan juga untuk daging salai

5. Sirloin - Daging Batang Pinang

Walaupun daging sirloin dan tenderloin mempunyai nama yang sama iaitu daging batang pinang, sebenarnya mereka adalah potongan daging yang berbeza. Bahagian sirloin terletak di antara bahagian pinggang lembu. Bahagian ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan daging ini lembut dan begitu juicy sekali.

Antara potongan stik yang terdapat di bahagian ini ialah tri-tip stik dan top sirloin stik. Bahagian ini sesuai sekali dimasak hidangan 'harimau menangis' iaitu daging bakar yang dihiris dan dibakar. 

6. Round - Daging Sepaha

Bahagian round iaitu daging sepaha yang terletak di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini mempunyai tekstur yang pejal dan agak liat kerana mempunyai banyak pergerakan berbanding dengan potongan lain. 

Namun begitu, bahagian ini memang sedap jka dimasak daging masak lada hitam mahupun daging salai. Sangat menyelerakan! 

7. Flank - Daging Lambung

Bahagian flank yang dikenali sebagai daging lambung terletak berdekatan dengan otot perut lembu. Bahagian ini mempunyai ira yang lebih tebal berbanding potongan lain yang memberikan rasa daging yang sangat mantap. 

Bahagian ini sesuai dihiris dan digunakan dalam stir-fry kerana teksturnya yang agak pejal berbanding potongan daging yang lain. 

8. Brisket - Dada

Brisket iaitu daging bahagian dada lembu merupakan bahagian yang agak liat kerana mempunyai jumlah tisu penghubung yang tinggi. Namun begitu, bahagian ini menjadi sangat lembut seperti apabila dimasak secara perlahan

Bahagian ini memang sesuai dijadikan daging salai kerana bahagian ini akan menjadi sangat tender disamping mempunyai rasa daging yang padu. 

9. Hanger - Daging Penggantung

Stik hanger iaitu daging penggantung merupakan otot diafragma lembu yang terletak di bahagian perut. Daging penggantung ini merupakan sebahagian daripada potongan plate. Di bahagian ini juga terdapat stik skirt. Tekstur dan rasa daging penggantung ini juga sama seperti stik skirt

Bahagian daging ini memang sedap jika diperap dengan rempah ratus kerana rasanya akan meresap secara menyeluruh ke dalam daging. Antara masakan yang sesuai dengan potongan daging ini ialah stir-fry ataupun daging barbeku

Dengan mengetahui nama-nama potongan daging dan lokasinya, anda akan menjadi lebih mahir apabila membeli daging di pasar ataupun ketika ingin meletakkan pesanan di restoran. Senang je!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Sudah familiar dengan potongan daging? Jom cuba resepi-resepi daging ini:

Leave a comment