makan

Ini Resepi Gulai Tunjang Khas Dari Minang Yang Sungguh Unik & Sedap Rasanya. So Lazat!

Rasa kuah lemak pedas buat addcited.

Cover image via @masakwithpassion (Instagram)

Suka makan tunjang, tapi taktau nak masak macam mana? Jom follow resepi enak dan lazat yang dikongsikan oleh Datin Ismatia di laman sosial Instagramnya @masakwithpassion

Image via Mutty-kitty

Kalau sesiapa yang taktau tunjang tu apa, tunjang tu kikil atau lebih dikenali sebagai kaki sapi. Umph... sedapnya, rasa lemak-lemak pedas. So creamy!! Dijadikan lauk dan makan bersama nasi putih pun dah puas. Tunggu apa lagi? Jom masak untuk family tercinta. 

Bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • Kunyit Hidup
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Ketumbar
  • Lada putih
  • Buah pala
  • Cengkih
  • Jintan putih
  • Jintan manis
Bahan tumis:
  • Bawang merah
  • Cengkih
  • Pelaga
  • Kayu manis
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Daun salam
  • Daun kunyit
Bahan lain:
  • Tunjang (direbus empuk)

Cara penyediaan:

1. Rebuskan tunjang sehingga empuk (boleh juga dimasukkan ke dalam slow cooker).
2. Kisarkan semua bahan kisar menggunakan blender.
3. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar yang telah diblend halus.
5. Masukkan 2 keping asam keping.
6. Kemudian, masukkan tunjang yang telah direbus empuk. 
7. Masukkan santan. Kacaukan dan tunggu sehingga mendidih.

Kredit resepi: masakwithpassion

Jeng jeng jeng...siap dah gulai tunjang Minang ni. Terliur kan? Tunggu apa lagi? Jom sediakan hidangan istimewa ini!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Suka makan kuih? Cuba jawab ni, nak tengok betul ke dah serba tau tentang kuih tradisional...

Inginkan resepi yang sedap lagi?

You may be interested in: