7 Resepi Lauk Kambing Ini Anda Boleh Sediakan Dalam Masa Yang Singkat. Easy!

Lauk-lauk kambing yang mudah, lazat dan klasik!

1. Kambing Masak Merah

Kambing Masak Merah

Image via MyResipi

Resepi Kambing Masak Merah ini memang sangat unik kerana jarang sekali kita boleh mendapatkan lauk masak merah yang menggunakan daging atau kambing. Lauk ini bukan sahaja sedap dimakan bersama sepinggan nasi panas, malah sedap dicicah dengan roti juga. 

Dapatkan resepi penuh Kambing Masak Merah di sini.

2. Kambing Goreng Cili Api

Kambing Goreng Cili Api

Image via MyResipi

Untuk anda yang meminati masakan pedas, resepi Kambing Goreng Cili Api ini memang ngam untuk puaskan cravings anda. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlu tumiskan semua bahan-bahan dalam satu kuali. Rasa Kambing Goreng Cili Api ini juga sangat padu lagi-lagi jika dimakan bersama nasi dan telur dadar.

Dapat resepi penuh Kambing Goreng Cili Api.

3. Kambing Kismis

Kambing Kismis

Image via MyResipi

Daging kambing memang sudah cukup manis tetapi dipadankan pula dengan kismis hitam menjadikan resepi ini lebih istimewa. Daging kambing dalam resepi ini telah diperap dengan rempah kurma terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang maksima.

Dapatkan resipi penuh Kambing Kismis di sini.

4. Gulai Kambing Tumis Darat

Gulai Kambing Tumis Darat

Image via MyResipi

4. Gulai Darat merupakan menu masakan yang terkenal dan istimewa di negeri Kelantan. Bagaimana pula dengan gulai darat kambing? Memang lagi istimewa! Daging kambing dipotong kecil untuk memastikan daging menjadi lembut dan penuh rasa.

Dapatkan resepi penuh Gulai Kambing Tumis Darat di sini.

5. Stew Kambing

Stew Kambing

Image via MyResipi

Apabila anda teringinkan comfort food, resepi Stew Kambing ini patut menjadi pilihan anda. Rasanya yang penuh rempah ratus pasti akan memuaskan hati sesiapa sahaja. Sangat sesuai jika dimakan begitu sahaja atau bersama garlic bread

Dapatkan resepi penuh Stew Kambing di sini

6. Asam Pedas Kambing

Asam Pedas Kambing

Image via MyResipi

Kebanyakan resepi asam pedas menggunakan sama ada ikan atau ayam tetapi untuk sedikit kelainan, resepi ini menggunakan daging kambing. Kuah asam pedas sememangnya menaikkan lagi keharuman daging kambing.  

Dapatkan resepi penuh Asam Pedas Kambing di sini.

7. Kambing Goreng Jintan

Kambing Goreng Jintan

Image via MyResipi

Untuk resepi yang mudah dan flavorful dalam masa yang singkat, anda wajib mencuba resipi Kambing Goreng Jintan ini. Gabungan rempah ratus seperti jintan manis dan lada hitam membuatkan hidangan ini sangat aromatik. 

Dapatkan resipi penuh Kambing Goreng Jintan di sini.

Leave a comment