Makaroni Bakar, Stik Ikan & 8 Lagi Masakan Ala Western Menarik Yang Anda Boleh Hasilkan
Anda yang selalu order masakan Western apabila makan di luar, bolehlah cuba resipi-resipi istimewa ini di rumah!
1. Croissant Tuna
Ingin hasilkan sandwic tuna yang lebih sedap? Hidangan simple ini sangat sesuai dimakan waktu breakfast. Ia hanya menggunakan roti croissant lembut yang disapu mentega, diisi dengan tuna, sos mayonis, bawang kuning, jus lemon dan cili padi. Untuk memberi keseimbangan, anda boleh menghidangkan sandwic ini bersama salad segar.
Dapatkan resipi penuh Croissant Tuna di sini.
2. Spagheti Bebola Daging
Cakap sahaja spagheti, pasti ramai je yang terus terliur. Pelbagai cara menarik boleh anda hasilkan hidangan spagheti. Resipi ini melazatkan lagi kuah spagheti bolognese dengan penggunaan bebola daging, lada benggala dan lobak merah. Sangat tasty!
Dapatkan resipi penuh Spagheti Bebola Daging di sini.
3. Ayam Panggang Oregano
Antara hidangan yang tidak perlukan banyak effort dan juga senang untuk dibuat ialah resipi Ayam Panggang Oregano ini. Simple sahaja langkah-langkahnya, anda hanya perlu perap ayam bersama bawang putih, serbuk oregano, sos barbeku, lada hitam dan minyak zaitun. Ayam pula dibakar sehingga kulit ranggup, tetapi isi tetap juicy. Lengkapkan hidangan ini bersama sayuran segar.
Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Oregano di sini.
4. Stik Ikan
Resipi ini sesuai untuk anda yang sukakan ikan. Menggunakan ikan tenggiri yang diperap sos lada hitam dan sos tiram, ikan ini kemudiannya dibakar hingga menjadi warna keperangan. Hidangkan bersama sayur lobak merah dan brokoli yang sudah dicelur, barulah perfect!
Dapatkan resipi penuh Stik Ikan di sini.
5. Coleslaw Ayam
Dikenali sebagai side dish yang popular, Coleslaw Ayam ini juga enak dimakan begitu sahaja sebagai salad. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat campuran sayur ialah kubis merah, kubis, hirisan lobak merah, sos mayonis, dan bijan. Anda boleh menggunakan ayam bakar lebihan anda untuk menghasilkan resipi ini. Gaul sahaja semua bahan-bahan dan siap!
Dapatkan resipi penuh Coleslaw Ayam di sini.
6. Ikan Dori Panggang
Hidangan Ikan Dori ini merupakan hidangan lazat yang sangat effortless untuk dibuat. Cara-caranya ialah, perap ikan dori dengan bahan-bahan seperti bawang putih, lada hitam, halia dan sedikit cili api, bakar dan siap! Hidangkan dengan hirisan lemon. Menu ini juga boleh dijadikan sebagai menu diet!
Dapatkan resipi penuh Dori Ikan Panggang di sini.
7. Makaroni Bakar
Sesuai dimakan sebagai side dish, hidangan Makaroni Bakar ini juga boleh dijadikan sebagai makanan on-the-go. Untuk yang ingin hasilkan hidangan yang menjimatkan masa dan juga sedap, resipi ini amat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu makaroni, daging kisar, bawang holland, cendawan, lada benggala dan tomato. Kemudian bakar sehingga rangup dan keperangan. Jom buat Makaroni Bakar yang sangat berperisa ini!
Dapatkan resipi penuh Makaroni Bakar di sini.
8. Nasi Paella
Kepada mereka yang wajib ada nasi, hidangan ala Western Nasi Paella ini boleh anda hasilkan. Nasi Paella ini merupakan hidangan nasi yang dimasak bersama seafood segar seperti kupang, sotong, udang, ikan dan kemudian dimasukkan tomato dan sayuran mengikut selera anda. Hidangkan ini untuk keluarga anda, pasti mereka teruja!
Dapatkan resipi penuh Nasi Paella di sini.
9. Penne Goreng
Yang ini khas untuk yang sukakan pasta. Menggunakan tumisan asas bawang holland dan sos tomato, hidangan pasta penne ini dilazatkan lagi dengan penggunaan udang, sosej daging dan sayuran segar. Hidangan pasta ini boleh anda buat dalam masa yang sangat singkat. Sedap pulak tu!
Dapatkan resipi penuh Penne Goreng di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!