[TIPS] Nasi Selalu Mentah Atau Lembik? Ini Cara Untuk Selamatkan 'Nasi Lemak' Anda
Sayang kalau nak buang nasi tu.
Siapa saja yang tak sukakan nasi lemak betul tak? Nasi lemak nampak macam senang nak buat, tapi rupa-rupanya...
Ada juga cabarannya kalau nak masak terutamanya bagi orang yang pertama kali nak cuba masak nasi lemak. Nasi lemak biasanya terdiri daripada nasi yang dicampur dengan santan, kacang, ikan bilis, sambal, telur atau lauk kegemaran anda.
Haa, part mana yang agak mencabar kalau nak hasilkan nasi lemak yang sedap? Sudah tentu nasi! Kadang ada yang masak terlembik atau termentah. Nak buang sayang pula sebab dah masak banyak, nak tahu cara selamatkan nasi lemak anda? Jom!
1. Lebihkan air
Kalau masak nasi lemak, memang kena lebihkan air sedikit berbanding masak nasi biasa. Boleh ikut formula 1 : 1 : 1/2 = Beras : Air : Santan.
Kalau anda ambil beras guna cawan, ingat air dan santan pun disukat dengan cawan. Untuk santan pula, kalau anda guna santan serbuk, pastikan bancuhan santan sama dengan sukatan 1/2 cawan.
2. Masukan satu sudu minyak masak
Biasa kalau tengok nasi lemak di restoran, nasinya terlerai dan berkilat cantik kan? Haa, petuanya adalah masukkan satu sudu minyak juga selain bahan seperti pandan, halia, bawang dan serai.
Nasi anda nanti tak akan melekat dan akan terlerai satu-satu sama seperti nasi lemak di luar sana tau, selamat mencuba!
3. Gaulkan beras
Jangan lupa gaulkan supaya rata dan masak sekata bila nasi dah naik bau. Tidak kisah anda masak guna rice cooker atau atas dapur, make sure gaul. Tetapi, jangan pula anda gaul selalu sebab takut beras akan pecah.
4. Rendam beras dengan santan
Kalau nak lagi sedap, anda boleh cuba tips ini supaya nasi anda nanti tidak mentah dan tidak jadi jelatah. Rendam beras yang telah dibasuh dengan santan selama 30 minit hingga 1 jam terdahulu.
1. Kukus nasi
Kukuskan nasi lemak yang mentah di dalam pengukus selama 10 minit. Nasi lemak anda masak tanpa berkerak. Jangan buang tau!
2. Letak secawan air dalam rice cooker
Ambil cawan kaca kecil dan isikan air panas. Kemdian, letakkan di tengah-tengah nasi dalam periuk. Tutup periuk dan masakkan nasi sehingga nasi masak. Anda juga boleh masakkan atas api perlahan.
3. Tambahkan air garam
Kalau air dah kering tapi nasi masih mentah, letak sedikit air panas yang dilarutkan dengan garam dan tekan butang cook. Jika tidak boleh ditekan, tekan butang warm dulu, kemudian tunggu lebih kurang 10 hingga 20 minit untuk tekan butang cook. Pastikan periuk ditutup. Anda juga boleh masak di atas gas dapur menggunakan api kecil.
4. Masukkan telur
Kalau nasi anda dah masak tetapi terlembik pula, anda boleh cuba masukkan telur mentah yang telah dibasuh di tengah-tengah nasi. Masukkan 2 higga 4 biji mengikut saiz periuk anda.
Tutupkan dengan periuk nasi yang dialaskan dengan kain. Kemudian, biarkan selama 15 minit.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!