makan

6 Resepi Simple & Sihat Untuk Mulakan Gaya Hidup Yang Lebih Healthy. Sedap Pun Sedap!

Tahun baru, azam baru kan? Bila lagi?

Cover image via Nora Azni (Facebook)

Dah nak tahun baru, mesti ada azam baru kan? Haaa, apa azam baru masing-masing? Nak diet? Nak makan makanan yang sihat?

Jangan risau, jom amalkan gaya hidup sihat sama-sama!

Image via GIPHY

Tak perlukan suplemen mahal-mahal, hanya perlu amalkan pemakanan yang seimbang. Jangan lupa untuk bersenam juga. Tengok dulu list ni, confirm you guys akan ada azam baru! 

Jom amalkan menu-menu sihat ini:

1. Baked Chicken Nuggets

Siapa yang suka nugget tu, jom try buat nugget yang sihat. Tanpa bahan pengawet dan homemade. Sedap makan macam tu sahaja! Jadikan lauk pun onz...

Dapatkan resepi penuh di sini

2. Kubis Gulung

Kubis gulung ni sumpah sedap. Bayangkan makan kubis yang crunchy yang berintikan daging cincang. Perfect makan macam tu saja ataupun nak makan dengan nasi. Tunggu apa lagi? Jom buat lauk yang sihat ni!

Dapatkan resepi penuh di sini

3. Bergedil sayuran

Image via SAYS

Bergedil sayur ini nampak menyelerakan. Mana taknya, bayangkan makan bergedil yang mampat berintikan kentang dan sayur ini. Confirm puas hati, lagi-lagi buat sendiri!

Dapatkan resepi penuh di sini

4. Ayam Bakar Lemon & Herb

Image via SAYS

Another menu diet yang sihat, ayam bakar lemon herb! Bukan sahaja menyelerakan, malah senang nak hasilkan. Tak rumit dan susah untuk hasilkan menu diet yang sedap ni. Jom cuba?

Dapatkan resepi penuh di sini

5. Overnight Oats

Prepkan oats yang senang dan sedap ini pada malam hari. Pagi tu dah boleh menikmati oats yang fresh ini. Fuh, bayangkan makan oats after work out. Confirm rasa refreshing dan bertenaga! 

Dapatkan resepi penuh di sini

6. Smoothies

Image via wholefully

Bukan sahaja makanan sihat yang ada, minuman sihat berkhasiat pun ada. Kalau teringin nak minum tinggal klik je resepi di bawah. Beli bahan and blend blend blend! 

Dapatkan pelbagai resepi smoothies di sini

Nak makanan yang sesuai dengan tekak Melayu? Jangan risau... Haa, ini dia!

Wanita ini share menu nasi campur, resepi  sihat yang confirm sesuai dengan tekak you guys. Tak bosan and guarantee sedap bila makan! Percaya atau tidak, suami dia hilang 10kg tau amalkan pemakanan yang seimbang ini.

Bukan ini je yang ada, banyak lagi resepi-resepi yang sedap dan lazat. 

Dapatkan resepi-resepi penuh di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan lagi menu diet yang lengkap?

Nak senangkan kerja memasak? Jom dapatkan gajet-gajet dapur ini:

Dapatkan tips-tips dapur di sini:

You may be interested in: