Lebih 5k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi 'Overnight Oats' Mudah. Serius Sedap & Sihat!
Jom cuba hasilkan resepi Overnight Oats yang murah dan simple ini!
Tahun baru sudah tiba, anda juga pasti berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan?
Langkah paling penting dalam gaya hidup sihat semestinya pemakanan kita. Antara makanan sihat dan murah yang anda wajib amalkan dalam diet anda ialah oats kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Oats juga murah dan mudah untuk didapati. Antara resepi ringkas yang anda boleh hasilkan ialah overnight oats. Resepi tidak perlu dimasak. Malah, perlu disimpan di dalam peti sejuk sahaja! Jika anda mahu, anda juga boleh menambah topping seperti mentega kacang, granola dan banyak lagi. Jom cuba? :D
Untuk resepi overnight oats yang mudah dan diet-friendly, ikuti perkongsian pengguna Facebook Adila Azurin yang telah mendapat sebanyak 5.5k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Saiz hidangan: 1
- 3 hingga 5 sudu rolled oats
- Susu segar
- 2 sudu yogurt (perisa dan jenis mengikut cita rasa anda)
- Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut cita rasa anda)
- Chia seeds
- Madu (secukup rasa)
- Buah-buahan (ikut cita rasa anda)
Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:
Overnight oats sudah siap untuk dinikmati pada keesokan hari. Tambahkan buah-buahan kegemaran anda apabila sudah sedia untuk dihidangkan. Sihat dan confirm sedap! :D
Sumber resepi: Adila Azurin
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!