makan

Lebih 3.4k 'Shares', Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Tandoori Sihat & Lazat. Simple Je!

Jom hasilkan hidangan Ayam Tandoori yang enak, simple dan sihat ini!

Cover image via Kamarul Ariffin Nor Sadan

Roti naan dan ayam tandoori sememangnya hidangan wajib untuk dinikmati apabila berada di restoran mamak!

Image via coupleofyuppies

Tetapi jika anda malas untuk ke restoran, sebenarnya hidangan ini sangat mudah untuk disediakan di rumah. Malah, anda juga boleh menghasilkan versi yang lebih sihat dan enak mengikut cita rasa anda sendiri.

Untuk resepi ayam tandoori yang sihat dan simple, jom ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Kamarul Ariffin Mohd Sadan yang telah mendapat sebanyak 3.4k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 bahagian paha ayam
  • 4 sudu greek yogurt (tanpa perisa)
  • 2 sudu besar serbuk cili/paprika
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil garam masala
  • 1 biji limau nipis
  • 5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 inci halia, ditumbuk halus
  • 1 ikat daun pudina
  • 1 ikat daun ketumbar
  • ½ bawang besar
  • Garam (secukup rasa)

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Buangkan kulit ayam dan lemaknya. Kemudian, kelarkan daging ayam untuk memudahkan perapan diserap ke dalam daging.
2. Perahkan jus daripada separuh limau nipis ke atas ayam yang dibersihkan tadi.
3. Seterusnya, masukkan yogurt.
4. Masukkan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk halus.
5. Kemudian, masukkan semua serbuk rempah berserta garam secukup rasa.
6. Gaulkan bahan perapan sehingga rata. Perapkan ayam untuk beberapa jam atau semalaman mengikut cita rasa anda.
7. Apabila selesai diperap, letakkan minyak dan panaskan grill atau non-stick pan pada api sederhana. (Anda juga boleh menggunakan ketuhar pada suhu 180 °C dan panggang selama 45 hingga 60 minit bergantung kepada saiz ayam.)
8. Apabila grill sudah cukup panas, letakkan ayam dan biarkan ayam masak selama 5 minit.
10. Untuk menaikkan lagi warna merah pada ayam, gaulkan minyak dengan serbuk cili dan sudukan ke atas ayam apabila sudah separa masak. Ini juga untuk mengelakkan ayam nampak kering.
11. Sementara menunggu ayam tandoori masak, sediakan raita untuk dinikmati bersama ayam tandoori.

12. Tumbukkan bawang putih, halia, daun pudina dan daun ketumbar sehingga halus. Tambahkan secubit garam.
13. Campurkan bawang putih, halia, daun pudina dan daun ketumbar yang ditumbuk halus ke dalam yogurt. Perahkan sedikit limau nipis dan gaul rata.

Apabila ayam tandoori sudah siap, inilah hasilnya. Memang flavourful, lembut dan menggiurkan. Nikmati ayam tandoori dengan raita sekali. Confirm terangkat! Jom cuba hasilkan di rumah? :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi ayam di sini:

Leave a comment