makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Beriani Paling Simple & Lazat. Puas Hati!

Jom cuba hasilkan nasi beriani, ayam goreng berempah & dalca. Mudah & pantas!

Cover image via Nur Aisya

Kalau dapat pekena nasi beriani, lauk ayam goreng berempah, kuah dalca dan papadom, memang syok habis :D

Image via madison-kids

Walaupun banyak hidangan yang anda perlu sediakan, tetapi sebenarnya hidangan nasi beriani dan lauknya ringkas sahaja untuk dihasilkan. Hidangan ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Malah, hasilnya juga sangat berbaloi. Sedap tidak terkata!

Jika anda mahu menyediakan nasi beriani dan lauk-lauknya yang simple, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Nur Aisya yang telah mendapat sebanyak 2.3k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras Basmathi
  • Rempah beriani (jenama Mak Siti)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Tomato (dibuang biji dan dihiris)
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kiub pati ayam
  • Daun pandan (diikat)
  • 1/2 tin susu sejat
  • Marjerin

Ikuti cara-cara menyediakan nasi beriani pula:

  1. Panaskan marjerin dan tumiskan tiga sekawan, 
  2. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan tomato. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan rempah beriani dan daun pandan.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Tumis sehingga sebati.
  5. Tambahkan air dan susu.
  6. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bersama bahan-bahan tumis dan campuran air dan susu tadi. Masakkan nasi seperti biasa.

Jom sediakan ayam goreng pula:

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Daun kari
  • Halia (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris halus)
Cara-cara

  1. Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan ayam dan perapkan selama setengah jam.
  3. Goreng sehingga masak. 

Nasi beriani mana lengkap tanpa kuah dalca. Ini cara-cara membuatnya pula:

Bahan-bahan

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kacang dal (direndam dan direbus sehingga empuk)
  • Lobak merah (dipotong)
  • Kacang panjang (dipotong)
  • Kentang (dipotong kiub)
  • Isi ayam
  • Santan
  • Rempah kari
  • Serbuk kunyit
  • Daun kari
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Halia (dihiris)
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih, merah dan halia.
  2. Masukkan daun kari, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.
  5. Dalam periuk lain, rebuskan kacang dal bersama lobak dan kacang panjang.
  6. Apabila kacang dal sudah empuk, tambahkan kacang dal, sayur-sayuran dan air rebusannya ke dalam bahan-bahan yang ditumis.
  7. Masukkan kentang. Masak sehingga empuk.
  8. Tambahkan garam, perasa dan santan.

Apabila semua hidangan sudah siap, inilah hasilnya. Meleleh air liur dibuatnya!

Sumber resepi: Nur Aisya

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi lauk nasi beriyani di sini:

You may be interested in: