makan

Penggemar Ayam? Ini Resepi Ayam Goreng Serai Thai Rangup Yang Simple & Sedap

Ayam goreng memang favourite!

Cover image via Khadijah Jaafar (Facebook)

Minat ayam goreng? Tapi bosan dengan ayam goreng biasa? Jom tukar selera, cuba ayam goreng serai thai pula!

Nampak tak tu garing dan rangup, umph sedapnya ratah macam tu je. Kalau makan dengan nasi panas-panas pun nikmat ni. Aromanya yang begitu wangi, sangat menggamit selera. Jom ikuti perkongsian resepi daripada pemilik akaun Facebook, Khadijah Jaafar

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 akar ketumbar
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar telung jagung
  • Daun limau purut (dihiris halus)
  • Minyak 

Cara penyediaan:

1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm (untuk hasilkan serat yang panjang supaya rangup bila digoreng).
2. Tumbukkan serai. 
3. Tumbukkan bahan perapan ayam seperti bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
4. Dalam mangkuk yang lain, masukkan semua bahan kecuali daun limau purut. 
5. Masukkan ayam dan gaul rata. Carikkan serai supaya tidak tergumpal. 
6. Kemudian, panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing menggunakan api sederhana. 

Kredit resepi: Khadijah Jaafar

Ayam kriuk kriuk dan beraroma sedia untuk dimakan dan diratah... Cicah dengan sos thai untuk kelazatan lebih sempurna. Umph, lazatnya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi ayam yang sedap?

Jom check out resepi lauk yang simple:

You may be interested in: