makan

Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Geprek Viral. Pedas Tapi Confirm Sedap!

Jom cuba hasilkan hidangan ayam geprek dan cili gesek yang simple ini di rumah!

Cover image via Nurul Hawa Nadila Sari

Baru-baru ini, hidangan ayam geprek yang terkenal di Yogyakarta telah viral di laman sosial

Manakan tidak, hidangan ini menggabungkan ayam goreng rangup dengan cili gesek yang pedas dan penuh rasa lazat. Memang kecur air liur dibuatnya!

Untuk anda yang teringin untuk mencuba, resepi ini begitu mudah untuk dihasilkan di rumah. Resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan murah seperti cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih. Jom cuba? :D

Untuk resepi ayam geprek viral yang confirm lazat, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Nurul Hawa Nadila Sari ini yang telah mendapat sebanyak 3k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan perap ayam

  • 4 bahagian paha ayam
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu jus limau
Bahan salut ayam
  • Tepung (jenama Bestari)
  • 2/3 biji telur
Bahan sambal geprek
  • 15 hingga 20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup rasa

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Bersihkan ayam dan gabungkan dengan bahan perapan.

2. Perapkan ayam selama 15 minit.

3. Sediakan bahan salutan ayam seperti telur dan tepung.

4. Apabila ayam sudah selesai diperap, celupkan ayam ke dalam telur terlebih dahulu.

5. Seterusnya, salutkan ayam dengan tepung.

6. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng.

7. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.
8. Seterusnya, gorengkan semua bahan sambal seperti cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato sehingga naik aroma. Angkat dan toskan.

9. Tumbuk kasar bahan-bahan sambal yang digorengkan dan tambahkan garam dan gula.

10. Letakkan sambal tadi di atas ayam goreng.

Ayam geprek anda sudah siap untuk dinikmati! Sesuai dihidangkan bersama sepinggan nasi panas, ulam dan sepotong limau nipis. :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi ayam viral di sini:

Leave a comment