Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – “Usahawan Tempatan Buat Apa Pun Tak Kena”

Semoga bisnes KA terus maju, abaikan kata-kata negatif okay!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming, meluahkan rasa kecewa selepas usaha terbaharunya memperkenalkan konsep 'bandar livestream' menerima kritikan daripada segelintir warganet

Menerusi hantaran di Threads, beberapa pengguna media sosial dilihat kurang senang dengan projek berkenaan yang menghimpunkan beberapa usahawan untuk menjual produk mereka secara langsung menerusi sebuah platform media sosial.

Susulan komen-komen tersebut, Khairul Aming tampil memberikan respons dan mengakui sedih apabila usaha usahawan tempatan pula dipersoalkan.

"Sejujurnya sedihlah macam ini. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena.

"Kita nak usahawan tempatan grow ke depan tapi dalam masa yang sama sentimen kapitalis yang diletakkan,"
luahnya.

SAYS.com
Image via Threads

Menurut usahawan berusia 34 tahun itu, pendekatan yang dilakukannya bukan semata-mata untuk kepentingan diri, sebaliknya bertujuan memberikan manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat

Malah, katanya, hasil daripada perniagaan tersebut turut memberi manfaat kepada pekerja, pembekal, vendor, penghantar serta negara melalui pembayaran cukai dan kutipan zakat.

SAYS.com
Image via @khairulaming (Threads)

"Hasil perniagaan ini untuk semua, pekerja, supplier, vendor, abang courier, pelanggan, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat faedahnya.

"Segala ilmu yang dapat saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar
," katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memohon maaf sekiranya usaha yang dilakukannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

"Kalau dengan saya berniaga ini sakitkan hati anda, saya minta maaf," katanya lagi.

Projek 'bandar livestream' berkenaan dilihat sebagai antara usaha Khairul Aming untuk membuka ruang kepada lebih ramai usahawan tempatan mengembangkan perniagaan menerusi platform digital.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: