Anda 'Gila' Teh Tarik? Jom Terjah 10 Lokasi Ini Untuk Dapatkan Teh Tarik Ori Paling Ngam!
Sedap aihhhhh!
Teh Tarik satu boss!
Malaysia bukan sahaja terkenal dengan makanan yang awesome, minuman pun seda- sedap belaka! Salah satu minuman kegemaran yang kekal relevan daripada dulu hingga sekarang ialah teh tarik.
Tak kiralah ketika sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam sekalipun, teh tarik tetap sesuai dijadikan sebagai minuman pilihan.
Memang ngam habis beb!
Order ‘Teh Tarik Ori’ baru syok!
Hari berganti hari, Teh Tarik pun muncul dengan pelbagai variasi. Lebih banyak style sampai kita pun tak tahu nak pilih. Tapi kali ini kami nak share dengan anda pasal Teh Tarik Ori yang tengah onz dan viral sekarang ni!
Ori macam mana tu?
Ori sebab ianya memang lain daripada yang lain! :O
Teh Tarik Ori memang betul-betul lain daripada yang lain. Sekali teguk je rasa cukup mengancam, dua kali teguk akan buat anda rasa nak order satu gelas lagi.
Teh Tarik Ori ini memang disukai ramai sangat sebab ianya dihasilkan dengan cara tersendiri membuatkan tekstur minuman teh susu ni lebih lemak berkrim dan sangat smooth. Tak sama dengan teh tarik biasa. Pendek kata memang puas hati dan anda wajib cuba sendiri!
Jika anda ingin mencari kedai yang menyediakan teh tarik tak susah pun. Boleh kata semua kedai pun ada. Tapi nak cari Teh Tarik Ori dengan rasa kaw, lemak berkrim dan terbaik tu memang payah.
Jadi, kami sediakan 10 lokasi paling cun kalau anda teringin untuk mencuba Teh Tarik Ori.
Padu habis!
1. Restoran Ali Maju, Setapak KL
Teh tarik di sini memang betul-betul padu! Rasanya tak terlalu manis dan teh yang pekat antara sebab ianya begitu digemari. Lebih syok kalau diminum panas-panas dan digandingkan bersama mi goreng mamak. Tengoklah sendiri buih-buih lembut teh tarik ni. Memang mengancam!
Alamat: No. 1, Jalan Rampai Niaga 3,
Rampai Business Park, Wilayah Persekutuan,
53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
2. Restoran Sri Grand City, Petaling Jaya
Nama restoran pun dah grand!
Teh Tarik di sini memang luar biasa. Kebanyakan orang akan bagi rating 5 bintang untuk menu teh tarik di sini. Harga pun cukup berbaloi. Apa kata anda cuba sendiri segelas tengok macam mana rasa. Boleh pergi tak dia punya rasa tu? Kami kalau datang sini wajib order Teh Tarik ORI dengan roti Tosai.
Kombinasi yang lengkap dan sempurna!
Alamat: No. 49 11/4, Jalan Dato Mahmud
Petaling Jaya, 46200 Selangor.
Waktu Operasi: 7.00am – 11.00pm.
3. Yasmeen Nasi Kandar
Kini beralih ke utara pula! Restoran Nasi Kandar Yasmeen milik Yasmeen Group Utara Sdn Bhd ini pula memang antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Variasi lauk-pauk yang pelbagai membuatkan restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.
Tapi paling penting restoran Yasmeen juga dikatakan antara Restoran yang menyajikan minuman Teh Tarik ORI terbaik. Bukan setakat teh tarik yang ngam dengan tekak pelanggan, harga yang ditawarkan dekat sini pun memang murah dan berbaloi.
Paling layan bila minum teh tarik dan order sekali Roti Naan Cheese terlaris di sini.
Alamat: 9 Pekan Changloon 2, Kampung Baru Changloon, 06100 changlun, Kedah.
Waktu Operasi: 9.00am – 10.00pm.
4. Nasi Kandar Nasmir, Taman Pelangi
Bukan sahaja terkenal dengan hidangan nasi kandar bersama lauk pauk dan kuah campur yang banjir, Restoran Nasi Kandar Nasmir di Taman Pelangi juga berjaya memikat hati pelanggan dengan menu teh tariknya.
Bagi anda yang berada di Penang atau dalam perancangan untuk ke sana, disarankan untuk masukkan restoran ini dalam senarai lokasi food hunting anda.
Alamat: 1639, Tingkat Bawah, Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Taman Pelangi, 13600, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
5. Nasi Kandar Nasmir, Vantage Point
Eh! Nasi Kandar Nasmir masuk senarai sekali lagi? Tapi cawangan yang satu ni di Vantage Point tau. Restoran nasi kandar ini pun antara yang tersenarai berjaya serve teh tarik yang memang sedap.
Kami tak tahu dia punya power macam mana sebab tak pernah sampai lagi. Tapi kalau tengok gambar teh tarik dia ni pun dah telan air liur. Ini bermakna teh tarik depa memang betul sedap dan mengancam lah.
Alamat: 29 G, Jalan Lenggong, Vantage Point, 11600, Jelutong, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
6. Restoran Makbul, Bayan Lepas
Masih lagi di Pulau Pinang, kali ini kami nak recommend untuk anda semua teh tarik terbaik di kawasan Bayan Lepas pula. Restoran Makbul ini dengar kata memang tidak pernah mengecewakan pelanggan dengan menunya. Macam biasa, Teh Tarik ORI tetap jadi pilihan utama.
Paling hebat bila ada pelanggan yang order dua gelas siap-siap sebab nak lepak lama. Katanya teh tarik kat sini ada resipi rahsia tersendiri. Macam menarik je!
Alamat: Lot, 29-01-08 & 29-01-09, Golden Triangle Commercial Centre, Jalan Paya Terubong, 11060, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
7. Restoran Ariffin Maju, Johor Bahru
Rata-rata pelanggan recommend teh tarik di sini sebab ianya antara yang terbaik di Johor Bahru. Dasyat betul penangan teh tarik ya. Hanya sebab nak segelas teh tarik ori, sanggup jelajah sampai ke Johor.
Restoran Ariffin Maju ini dikatakan memang selalu jadi port lepak sampai ke tengah malam. Kata mereka, layan teh tarik di sini memang bikin mata celik.
Alamat: No. 21, Jalan Tampoi Susur 1, 81200, Johor Bahru.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
8. Restoran Habib, Pasir Pelangi
Nama tempat Pasir Pelangi, teh tariknya pula memikat hati. Memang boleh hati jadi warna-wani macam pelangi! Bukan apa, asal dapat teh tarik dengan rasa yang betul-betul asli, seronok je hati.
Bukan senang nak cari tempat makan yang ngam dengan kehendak selera. Bila dah jumpa satu, memang setia je. Orang Johor elok munculkan diri di sini juga sebab ini pun port teh tarik terbaik pilihan rakyat Malaysia!
Alamat: No. 8, Jalan Pasir Pelangi, Taman Iskandar, 80050, Johor Bahru.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam.
9. HKB Curry House, Taman Rinting
Teh tarik di HKB Curry House ini pula lain sikit. Warna air teh yang pekat dan terang dengan kombinasi krimer pekat manis istimewa bikin kami rasa nak singgah je. Nasib baik jauh. Tapi tu la, penggemar teh tarik claim teh tarik kat sini memang betul-betul buat mereka tertarik.
Minum segelas tak cukup katanya.
Alamat: No. 12, Jalan Sena 13, Taman Rinting Masai, 81750, Johor Bahru.
10. Perniagaan Razali Bin Zakaria, Kota Bharu Kelantan
Sampai ke Kelantan, teh tarik punya pasal!
Kali ini memang satu Malaysia kita terjah. Bab makanan dan minuman memang menyatukan kita. Kalau ada nak tahu, perniagaan milik Encik Razali ini juga kerap diserbu pelanggan hanya kerana keistimewaan secawan Teh Tarik ORI tu.
Nak cuba? Pergilah sendiri. :)
Alamat: No. 2, Lot 779, Kg Bawah Lembah, Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Kejap, apa sebenarnya rahsia dalam Teh Tarik Ori yang ramai gilakan sangat ni? :O
Kami difahamkan Teh Tarik Ori ini sebenarnya adalah kombinasi tiga lapisan istimewa teh dengan susu. Untuk mendapatkan 3 lapisan itu,kami yakin ramuan paling penting untuk menjamin rasa original mestilah krimer pekat manis yang digunakan untuk membancuh.
Cuba anda bancuh sendiri teh tarik menggunakan krimer yang tak berapa sedap. Mesti rasa pun agak kureng juga kan?
Rasanya cukup, kepekatannya luar biasa dan paling sedap rasa lemak berkrim yang buatkan teh tarik lebih ori. Peh, terangkat beb!
Pendek kata, kalau anda cuba untuk buat sendiri di rumah dengan menggunakan krimer F&N, rasa teh tarik anda akan setanding dengan semua 10 kedai Teh Tarik Ori terbaik dalam senarai di atas.
Tapi kalau malas sangat, jom order je di kedai mamak berhampiran. Nak tahu cara paling senang untuk cari teh tarik sedap?
Guna aplikasi waze je! Mudahnya.
Nak cari teh tarik pun boleh guna Waze, lebih senang sebab kini F&N Malaysia telah bekerjasama dengan aplikasi Waze untuk mudahkan lagi kerja anda untuk mencari kedai atau restoran yang memang onz dengan Teh Tarik Ori.
Jadi, anda buka sahaja aplikasi Waze dan ada lebih kurang 100 lokasi telah di’pin’ dan anda akan nampak senarai restoran atau warung yang menyediakan Teh Tarik Ori di seluruh Malaysia.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi tentang Teh Tarik ORI, boleh layari laman facebook rasmi F&N Dairies Malaysia sekarang. Paling penting, ingat Teh Tarik Ori, ingat F&N!
Artikel di atas telah dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.