141 Juta Tontonan Dalam Masa 3 Hari Di YouTube, Ini 8 Rekod Terbaru Dipecahkan Blackpink!
Lagu 'How You Like That' masih kekal trending #1 di YouTube.
Blackpink bukanlah nama kumpulan yang asing di seluruh dunia. Kumpulan K-Pop wanita yang dibentuk oleh YG Entertainment ini ditubuhkan di Korea Selatan pada 8 Ogos 2016.
Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Kim Ji-soo (Jisoo), Jennie Kim (Jennie), Roseanne Park (Rose) dan Lalisa Manoban (Lisa).
Selain itu, maksud disebalik nama Blackpink sebenarnya ialah menggambarkan pink sebagai simbol wanita yang cantik dan black merujuk kepada sisi gelap.
Blackpink juga membawa maksud wanita yang lemah lembut tak semestinya mereka naif.
Blackpink turut menyatakan mereka mahu kekuatan kumpulan mereka dinilai pada bakat bukannya rupa.
Pada 26 Jun lalu, Blackpink ada mengeluarkan single terbarunya, How You Like That di YouTube, malah ia turut mencipta rekod menjadi lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di laman web itu
Kumpulan itu mengambil masa hanya 11 jam 25 minit untuk mencapai angka berkenaan. Rekod sebelum ini dipegang kumpulan BTS menerusi muzik video Boys With Luv yang berjaya mencapai angka itu dalam tempoh 13 jam.
Malah ketika artikel ini ditulis, jumlah yang direkodkan di YouTube oleh Blackpink telah mencapai jumlah tontonan lebih 139 juta selama tiga hari di laman web itu.
Tonton video penuh muzik lagu terbaru Blackpink, How You Like That di bawah:
Selain itu, terdapat juga beberapa rekod yang dipecahkan kumpulan ini setelah lagu itu dikeluarkan untuk didengarkan kepada para peminatnya di seluruh dunia.
Antara 8 rekod terbaharu lain yang dipecahkan oleh Blackpink ialah:
1) Video premiere yang paling banyak tontonan di YouTube
Blackpink memecahkan rekod dengan premiere video klip lagu How You Like That yang paling banyak ditonton di YouTube.
2) Lagu kumpulan wanita yang paling banyak 'dimainkan' di #1 iTunes
Lagu How You Like That terus unggul cipta rekod di iTunes paling banyak 'dimainkan' oleh pendengar.
3) Debut kumpulan wanita terbesar di Spotify
Blackpink memecahkan rekod untuk debut terbesar untuk lagu oleh kumpulan wanita dalam sejarah Spotify, selepas lagu Sour Candy bersama Lady Gaga.
4) Lagu Korea yang terpantas meraih dua kali Platinum di QQ Music
Lagu How You Like That, kini menjadi lagu Korea terpantas dalam sejarah meraih dua kali Platinum di QQ Music.
5) Lagu kumpulan K-Pop pertama yang debut di FLO Chart
Blackpink adalah lagu kumpulan K-Pop pertama yang memulakan debutnya di FLO Chart selepas pembaharuan carta dilakukan.
6) Jumlah pendengar unik tertinggi dalam satu jam pertama di MelOn
Lagu How You Like That kini memegang rekod untuk pendengar unik tertinggi dalam satu jam pertama di MelOn dengan jumlah 102,725 pendengar.
7) Lagu How You Like That kekal menduduki carta #1 di MelOn Daily Chart selama tiga hari berturut-turut
Lagu How You Like That nyanyian Blackpink kekal #1 di MelOn Daily Chart pada hari ke-3 berturut-turut.
Selain itu, mereka memperluaskan lagi rekod sebagai lagu kumpulan K-Pop yang paling lama bertahan di #1 MelOn Daily Chart pada tahun 2020.
8) Blackpink catat sejarah yang mempunyai 3 video muzik melebihi 10 juta 'Like' di YouTube
Kumpulan K-Pop itu menjadi artis wanita pertama dalam sejarah yang mempunyai tiga video muzik (How You Like That, Kill This Love & Ddu Du Ddu Du) melebihi 10 juta 'Like' di YouTube.
Dalam pada itu, Blackpink juga mencipta rekod baharu apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama mendapat jumlah tontonan melebihi 1.2 billion di YouTube untuk video lagu Ddu Du Ddu Du hari ini
Lagu berkenaan dilancarkan pada 2018 dan pagi ini jumlah tontonannya melebihi angka terbabit. Setakat ini, hanya Blackpink berjaya melakar sejarah itu sebagai artis berkumpulan dari Korea.
Rekod tertinggi masih lagi dipegang Psy yang benar-benar mencetuskan fenomena di seluruh dunia tidak lama dulu. Dua lagunya iaitu Gangnam Style dan Gentleman masing-masing memiliki jumlah tontonan 3.6 billion dan 1.6 billion.
Fuh power betul Blackpink ini habis semua rekod nak pegang!
Ada lagi tak senarai rekod atau pencapaian Blackpink yang kami tertinggal? Kalau ada, tolong komen di bawah ya!