14 Tips Ini Sesuai Digunakan Jika Anda Ingin Resume Yang Lengkap. 'Fresh Grad' Boleh Cuba!
Tak perlu terlalu fancy pun sebenarnya.
Kebanyakan fresh grad masih belum tahu tentang format sebenar untuk buat resume. Tidak boleh terlalu panjang dan terlalu pendek. Kena just nice je sebenarnya.
Jika anda belum pernah buat resume, seeloknya tanya dulu tentang pendapat rakan-rakan atau keluarga yang pernah buat supaya anda tidak melakukan kesalahan pertama ketika ingin memohon kerja.
Seorang lelaki di Twitter,
Azmeer Ahmad berkongsi tentang contoh format resume yang terbaik lebih-lebih lagi untuk fresh grad. Sangat bermanfaat untuk anda semua.
Pastikan resume anda tidak terlalu serabut atau fancy. Lebih baik jika menggunakan warna hitam dan putih sahaja.
Guna bahasa yang anda mahir bila bercakap. Jangan main letak je rating tinggi tapi bila bercakap, tergagap.
Kemahiran teknikal adalah penting untuk ada dalam setiap resume. Tapi dinasihatkan anda terangkan sendiri tentang soft skills ketika sesi temuduga itu sendiri. Lebih mudah.
Terangkan secara ringkas serba sedikit tentang diri anda. Pastikan tak terlalu panjang supaya tidak mengambil masa yang lama untuk dibaca.
Latar belakang pendidikan dan pencapaian yang pernah diterima harus ada tapi tak perlu terangkan secara panjang lebar
Penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum hanya perlu letak yang berkaitan sahaja. Sebab itu anda tidak perlu letak soft skills di bahagian ini.
Untuk bahagian rujukan pula, anda perlu memberitahu bahawa nama mereka ada dalam rujukan anda supaya mereka tidak terkejut ketika dihubungi
Senang je bukan? Untuk pastikan sama ada resume anda lengkap, boleh tengok rujukan di bawah. Kalau ada semua ini, dah boleh hantar resume! :)
Jika anda ada penambahan atau pembetulan untuk semua tips di atas, boleh tinggalkan sebarang cadangan anda di ruangan komen! :)
Semoga semua tips ini dapat memberikan maafaat untuk semua. Selamat maju jaya! :)