15 ‘Kerusi Panas’ Yang Jadi Tumpuan Dalam PRU14. Siapa Akan Menang?
Betul-betul pertembungan sengit ni!
1. Langkawi (P004)
Penyandang dan calon bertanding iaitu Datuk Ir Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) akan menentang calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) iaitu Zubir Ahmad dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Terdahulu, Bernama telah melaporkan bahawa kira-kira 67% pengundi di Langkawi tidak mahu Mahathir sebagai wakil mereka.
Menurut theSun, Zubir ditugaskan oleh PAS untuk kerusi DUN Ayer Hangat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau kemudiannya dinamakan untuk bertanding di kerusi Parlimen untuk PRU14.
2. Marang (P037)
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Zarawi Sulong menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon BN Mohamad Nor Endot.
Menurut New Straits Times, Abdul Hadi akan mempertahankan kerusi Parlimen selepas lapan penggal di kerusi DUN Rhu Rendang.
3. Permatang Pauh (P044)
Nurul Izzah, calon PH akan bersaing dengan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden dan ketua bahagian UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
Menurut theSun, kerusi itu dianggap sebagai kubu pembangkang, yang sebelum ini dipengerusikan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
4. Bagan Datuk (P075)
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berhadapan calon PH Pakhrurrazi Arshad dan PAS 'Ata Abdul Muneim Hasan Adli.
Menurut New Straits Times, Ahmad Zahid telah memegang kerusi itu selama enam penggal sejak tahun 1995.
5. Teluk Intan (P076)
Nga Kor Ming dari PH akan bersaing dengan calon PAS Ahmad Ramadzan Ahmad Daud dan Mah Siew Keong dari BN.
theSun melaporkan Mah, penyandang kerusi itu, berkata bahawa dia berharap semua calon akan bertanding tanpa menggunakan taktik kotor.
6. Bentong (P089)
Calon PAS Balasubramaniam Nachiapan menentang Wong Tack dari PH dan presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Liow Tiong Lai.
New Straits Times melaporkan bahawa Wong kalah kepada Liow dengan 379 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
7. Gombak (P098)
Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin akan berhadapan calon PH yang juga merupakan penyandang Datuk Seri Azmin Ali serta Datuk Abdul Rahim Kamarudin dari BN.
Menurut New Straits Times, Azmin akan mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dalam PRU14.
8. Shah Alam (P108)
Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam selama dua penggal dicabar oleh ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Datuk Azhari Shaari dari BN.
Pada 7 Mei, Free Malaysia Today melaporkan bahawa 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India mengumumkan sokongan mereka terhadap calon Pakatan Harapan kerana Azhari didakwa terlibat dalam bantahan kepala lembu 2009.
9. Lembah Pantai (P121)
Calon PAS Fauzi Abu Bakar bertanding dengan calon BN Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
New Straits Times melaporkan bahawa Raja Nong Chik dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 oleh Nurul Izzah PKR dengan majoriti 1,847 undi.
10. Bandar Tun Razak (P124)
Calon BN Adnan Seman menentang Timbalan Ketua Wanita PAS Dr Rosni Adam dan PH Kamaruddin Jaffar.
Malay Mail melaporkan bahawa kerusi itu dikekalkan oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan majoriti 11,832 undi.
11. Putrajaya (P125)
Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) dicabar oleh PAS Zainal Abidin Kidam dan Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat dari PH.
Menurut New Straits Times, Tengku Adnan memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,541 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.
12. Pagoh (P143)
Tan Sri Muhyiddin Yassin berhadapan calon PAS Ahmad Nawfal dan Tuan Hj Ismail Mohamed dari BN.
Muhyiddin sebelum ini mengekalkan kerusi di bawah tiket Barisan Nasional.
13. Johor Bahru (P160)
Calon BN yang juga merupakan penyandang, Shahrir Abdul Samad akan mempertahankan kerusinya daripada Akmal Nasrullah dari PH.
Sebelum ini, Free Malaysia Today memetik kata-kata mantan menteri Zaid Ibrahim yang menyatakan bahawa Shahrir adalah "seorang ikon", selepas mendakwa bahawa dia terkenal dan sangat disukai di kawasan itu.
15. Ayer Hitam (P148)
Calon BN dan penyandang yang juga merupakan timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dicabar oleh calon DAP Liew Chin Tong dan calon PAS Mardi Marwan.
theSun melaporkan bahawa Wee memenangi 80% undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Sebelum ini, Liew meminta maaf kepada seorang lelaki tua yang ditolak dari pentas semasa ceramah yang diberikan oleh Wee.
Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!