seismik

Tiga Laporan Polis Diterima Pada Separuh Masa #PRU14, Semua Berkata SPR Tidak Telus

Laporan berkaitan nama sudah digunakan dan kertas undi bertanda.

Cover image via themalaymailonline.com

Rakyat Malaysia rata-rata sedang menunaikan tanggungjawab sempena #PRU14, walau bagaimanapun polis telah menerima tiga laporan

Di Pulau Pinang, pengadu Goh Por Cheong diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa namanya telah membuang undi walaupun dia masih lagi belum berbuat demikian.

Kejadian yang berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kong Min Pusat, Air Itam itu berlaku pada jam 8.30 pagi tadi.

Menurut laporan MalaysiaKini, Goh mendapati namanya telah digariskan dan pegawai SPR berkata dia telah pun mengundi. 

Manakala di Kuala Lumpur pula, pengadu mendapati kertas undi mereka mempunyai tanda titik di kotak calon Barisan Nasional

Mohmad Sahrel Razali dan Mohd Faizal Anuar yang membuang undi di Parlimen Batu, Kuala Lumpur menyatakan bahawa terdapat tanda titik di huruf H pada nama calon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut mereka, "Apabila mahu menukar kertas undi tersebut kami dapati kesemua buku kertas mengundi mempunyai titik sama tersebut secara konsisten.

"Disebabkan itu tiada kertas undi baru dapat diberikan dan beliau (Ketua Tempat Mengundi) meminta saya meneruskan proses pembuangan undi."

"Ejen tempat mengundi sudah dimaklumkan dan beliau mengarahkan saya membuat laporan polis."

Juga tular di media sosial, di mana peti parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) bertukar di sesetengah pusat mengundi

Menurut laman Facebook Bersih 2.0, undian anda tidak akan terkesan kerana semua kertas undi itu akan dikira mengikut warnanya pada akhir hari nanti. 

Sudahkah anda semua lakukan tanggungjawab anda?

Image via GIPHY

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYS

You may be interested in: