Dewan Mengundi SK Jalan U3 Di Subang Perdana Terbakar, Saksi Terdengar Bunyi Letupan
Harap semuanya selamat.
Pusat mengundi bagi Parlimen Sungai Buloh dan Kota Damansara di SK Jalan U3, Subang Perdana dilapor terbakar
Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari tadi dikatakan berlaku ketika proses pengundian bagi saluran satu sedang berlangsung.
Sinar Harian melaporkan bahawa kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas. Walau bagaimanapun, api berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pihak Bomba.
Dalam keadaan gelap dan tiada elektrik, proses pengundian tetap dijalankan
Lampu sementara digantikan buat sementara waktu bagi menerangkan pusat mengundi tersebut.
Sama ada saluran mengundi ditukarkan ke bahagian lain atau tidak, ia tidak dapat dipastikan.
Seorang saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku
Proses pengundian berjalan seperti biasa dan pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengundi dan tempat terjamin.
Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!