Tiga Sekawan Kongsi Tips & Itinerari Ke Hua Hin & Bangkok, Thailand. Puasnya Berjalan!
Paling best, mereka bertiga ini langsung tidak menggunakan perkhidmatan agen pelancongan. Semuanya sendiri.
Teringin nak pergi trip bersama rakan-rakan baik? Tak perlu jauh-jauh pun, asalkan dapat merasa bercuti bersama.
Kadang-kala, kesibukan belajar atau di tempat kerja membuatkan anda berasa seperti tiada masa diluangkan untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Sekali-sekala nak juga merasa bercuti bersama sahabat rapat.
Tapi kalau cakap pasal bercuti bersama rakan, perkara paling sukar adalah memutuskan ke mana patut anda pergi. Mana tidaknya, kalau bercuti bersama keluarga anda tidak perlu buat apa-apa. Tinggal ambil cuti dan kumpul duit untuk shopping je.
Tapi bila bercuti dengan kawan, kenalah buat plan sendiri dari mula sampai habis.
Sebagai contoh, lihat bagaimana tiga sekawan ini buat perancangan untuk bercuti bersama ke Hua Hin dan Bangkok, Thailand. Menarik sangat bila tengok!
Perkongsian ini telah ditulis oleh salah seorang gadis tersebut yang dikenali sebagai Nurfarrahin Norirawan di laman Facebooknya.
Paling menarik, mereka bertiga langsung tidak menggunakan perkhidmatan agen pelancongan. Malah, mereka telah buat perancangan sendiri untuk itinerari dan tips bercuti kali ini bermula dari bajet, tiket, tempat yang bakal dikunjungi.
Ha, ini baru betul! Fikir bersama, bercuti bersama. Kan lebih puas. :)
Mereka pada mulanya terbang dari Labuan ke Kuala Lumpur
16 Nov: From LBU to KUL *flight kami malam*
Arrived at KLIA2.
17 Nov: Flight 10:10am, tapi delay pegi 2:15pm sebab airasia ada masalah teknikal masa tu. Jadi airasia ada bagi kami voucher RM20 utk makan di foodcourt.
Tibanya mereka di Hua Hin, Thailand...
Arrived at Hua Hin, Thailand ~ 4:15pm. Sewa taxi airport 400 baht (total kami 3 org)
& terus beli simcard, simcard tu unlimited internet utk 7 hari. Internet dia punya laju di Thai, sesaat seja story upload. Laju mcm angin. Sampai hotel terus check in, letak beg & terus ambil grab mau pegi Memory House Cafe. Sebenarnya plan hari pertama ni mau pegi Plearnwan Market bah juga tapi tida cukup masa. Jadi pegi Memory House ja la sempat, itu pn smpai sana jam 5.30pm mahu2 gelap sudah. Tapi best dapat tgk view dia cantik ja oren2 mmg natural lah tempat tu, favourite place kami 3.
Malam nya tu kami pegi Night Market, Hua Hin. Best night market dia, weekend kan. Banyak lah orang menjual di sana. Boleh ja pilih barang2 antik, baju2, beg2 tangan. Orang2 Hua Hin semua peramah. Ada sorang paci tu dia cakap sama kami, kalau mau makan makanan Halal dia kasitau, bawah hotel kami tu ada gerai makanan Halal. Dorang pandai cakap Melayu + Kelantan. Makanan pun sedap & murah jadi kalau kamu mahu try nda rugi lah, dekat lagi.
18 Nov: Kami sewa kereta & driver (Mr Man Woo) yg driver grab kami kelmarin nya tu~ yang ambil kami dari hotel ke Memory House Cafe. Ohyaa mau bagitau lah pasal Mr Man ni, dia baik sangat banyak tolong kami apapa yang kami nda tau masa di Hua Hin. Sebab kami 3 orang ja kan perempuan, jadi dia cakap dia boleh bawa kami satu hari, dia caj 1300 baht seja. Dari jam 10.00 am - 6.00pm kami jalan tu, puas sangat.
Mula2 sebelum Mr Man ambil kami, kami beli tiket pgi Hua Hin, Railway Station dulu.. sebab esok pagi nya kami mahu pegi Bangkok. Kami plan mahu ambil 2nd Class tapi 2nd Class full booked, ada pun tinggal ngam2 tiga seat, tapi tempat duduk dia jauh2. Nda mahu lah bepisah biar la tempat tu selesa, tu pekerja kaunter cakap dia pun nda boleh bagi kami kalau bepisah. Sangat bahaya jadi kami cakap 3rd Class lah. Aku nda ingat ticket dia berapa baht. Total kami 3 mcm 90 baht bah, 30 baht sorang kali aahh. Lupa aku.
Ohyaa kalau kamu mahu naik train, ambil lah 2nd Class. Sebab selesa sana banyak pelancong. 3rd Class tu yang biasa2 ja.. duduk dengan orang2 thai. Tapi okey jga lah best malam tu siok tidur, cuma peluk beg sentiasa lah tapi kalau kamu nda yakin ambil lah 2nd Class okay. tapi booking awal2.. sebab selalu full. Lepas tu kami jalan & begambar2 di Railway Station tu, tempat dia memang cantik. Lawa sangat. Aku boleh cakap tu train station yang paling cantik di Thai. Rugi kalau kamu pegi Hua Hin, kamu nda pg sana. Puas sdh bgmbar, Mr Man ambil kami di station tu, dia bawa kami pegi Mrigadayavan Palace dulu, masuk sini 60 baht ja. Ada rules ni ah, nda boleh pakai seksi2 dan mesti tutup aurat.
Nda bole selfie & ambil video.. begambar macam biasa seja & nda boleh pijak pasir. Tu ja aku ingat.. tempat dia besar, puas bejalan tgk rumah2 & budaya orang Thai.
Eh, bukan itu sahaja. Banyak lagi tempat menarik yang mereka terokai bersama. Syok habis!
Lepas tu kami pg Swiss Sheep Farm, masuk sini 150 baht & boleh kasi makan kambing. Kambing dia comel, tapi aku takut kambing hahaha. makan daging kambing ja tau. tempat ni memang comel sangat. Ada kereta & van pubg lagi. Tapi nda la sama betul, seakan2 ja. Tempat ni luas banyak tempat boleh pegi, pastu nanti ada lah pekerja sana ambil gambar kamu pakai camera dorang then masa kamu balik dorang cuci gambar tu & bagi frame sekali. Jadi aku beli la gambar aku tu sendiri, ada jga kenangan kan. kalau nda mau beli pun nda apa, dorang tdk paksa jga.
Next.. Santorini Park. tempat ni memang idol berabis, dia ala2 Santorini Greece. Warna biru putih. Kami beli ticket yang 150 baht ja tapi main satu game ja lah, kami naik tu Ferris Wheel . puas bergambar & bejalan. Sampai haus membeli kami juice grape. Kira lama jga lh kami sana 2 jam, jalan2 di sekitar sana. Bnyk kedai2 sana. Kira premium outlet. Terus kami pg 1000 Sook Farm, ni kami nda masuk sebab kepenatan sdh.. tapi Mr Man bawa ja kami bejalan.. di luar seja kami begambar2 menyesal pun ada nda masuk. Next, kami pg The Venezi ni tempat pun idol berabis, ala2 Italy begitu. Kami naik gondola dia seja, 250 baht include ticket lah & sekali naik. Punya best kena bawa jalan naik perahu siok bah. Mmg puas hati kami.
Tapi saya nasihatkan kamu pelahan2 baca tu package dia ahh, sebab takut kamu tekena package lain. Sayang kalau kamu bayar mahal2 tu package tapi kamu nda naik gondola, bnyk ja tempat lawa sana. Tapi gondola tu jga kami pilih. Jam 5.30pm sdh, plan kami lepas dari The Venezia tu mau pegi Seen Space, Hua Hin nda tepigi kami beach dorang. Sebab sana background dia ala2 Bali. mungkin bukan rezeki. Mr Man terus bawa kami pegi tempat makanan Halal, di Mooz Halal Hua Hin (tempat ni exclusive sikit, makanan dia main masak & tinggal pilih lauk, sayur .. makan dengan nasi putih). Total kami 3 org , 945 baht sehari tiada makan, terus order makanan bukan alang2. Sekali banyak. Sedap sangat makanan dorang sini, kamu try lah.. harga boleh tahan tapi puas hati.
Hari seterusnya, setibanya mereka di Bangkok, banyak lagi tempat-tempat menarik yang bakal dikunjungi
Tiba di Bangkok 5.40am, & driver kami ambil kmi di stesen, terus dorang bawa kami terus ke Sunflower Farm, Khao Yai. 3 jam dari Bangkok. Tapi kalau nda jem, 2 jam lebih ja.. sampai ja di sana terus rasa2 macam mimpi pun ada.. kawasan dia sejuk & sunflower dia subur, musim2 dia kan bulan Nov - Jan jadi kalau mahu pegi sana.. mesti tekena musim dia, syukur lah kami sempat. Sunflower Farm tu memang cantik, ladang dia bersih & kalau mau pg sini mesti warna baju kamu putih, sebab boleh match dengan warna bunga tu.. masuk sini 60 baht..
Lepas dari Khao Yai, kami terus ke Wat Arun, Bangkok. Masuk sini pun best, unik ja tempat ni.. ukiran orang Thai semua kreatif. masuk sini 50 baht ja.. boleh round2 tempat tu, macam biasa nda boleh seksi. mesti tutup aurat & jaga kelakuan di tempat tu.Dari Wat Arun, driver kami bawa pgi Asiatique The Riverfront.. tapi sebelum pg sana kami makan dulu d food court di sana, sana pun banyak makanan Halal. Total makanan aku sana 140 baht lah.. nasi ayam + air + fish ball + dumpling.. lepas dari makan terus ke Asiatique, tapi masa tu jam 3.00 pm.. Asiatique belum buka, dorang buka jam 4.00pm.
Tapi kami runding security tu kami cakap kami mau pg jalan2 ja begambar terus dia kasi masuk. Tapun gambar di ferris wheel ja, naik nya nanti lah kalau ada rezeki pgi lagi. Lepas ja dari sana, driver kami hantar kami pg Pratunam Market sebab kami bilang mau shopping, terus dia bagitau jga depan Pratunam Market ada Platinum Mall.. naik ja jejantas.. & membawa lah kami luggage round2 Bangkok tu.. jam 8 lebih kami hbis sdh beli barang2.. & kami ambil grab terus ke Don Mueang Airport sebab flight kami esoknya ke KL jam 7.00 jadi tidur airport seja lah..
20 Nov: Sampai ja KL terus menunggu flight pegi KK, kami kiranya transit seja.. 5 jam.. tapi best bah airport KL, boleh jalan2 di Mall tu, sambil2 cari makanan hipster. Arrived at KLIA. alhamdulillah sampai jga jam 6.30pm.
Untuk bahagian kos yang digunakan pula, boleh lihat di bawah. Tak mahal sangat pun, tapi apa-apa pun memang berbaloi sangat!
LBU - KUL: RM89. KUL - HHQ: RM149. DMK - KUL - BKI: RM391 (SIMCARD TrueMove ~ 250 baht. Hotel : Baanpak Sam Anong, Hua Hin ~ 1800 baht (for 2 night)
Transport at Hua Hin (Mr Man Woo)
Day 1 ~ 600 baht (to Memory House Cafe)
Day 2 ~ 1300 baht (to The Venezia, Santorini Park, 1000 Sook Farm, Swiss Sheep Farm, Mrigadayavan Palace). Transport at Bangkok ~ 3500 baht (Car Rental Thailand), Train - 30 baht.
(Thailand lambat satu jam, dari negara tercinta)
Entrance Fee
Memory House Cafe - free
Mrigadayavan Palace ~ 60 baht
Swiss Sheep Farm ~ 150 baht
Santorini Park - 150 baht
1000 Sook Farm - free
The Venezia - 250 baht (kami masuk & naik gondola shj)
Sunflower Farm, Khao Yai - 60 baht
Wat Arun - 50 baht
Makan (tmasuk makanan2 yang kami beli di 7e sebab hari2 pgi 7e Thai)
Total Hua Hin ~ Bangkok = 600-650 baht / per pax
(Sebenarnya 555 baht seja tapi aku standby duit makanan d thai bnyk skit)
Exclude shopping. Thank you! Sawasdee!