Bajet Tak Sampai 3K, Gadis Ini Kongsi Itinerari Selama 13 Hari Di Korea. Memang Puas Hati!
Bajet RM3,000 itu adalah TIDAK TERMASUK shopping dan makan. :)
Salah satu lokasi yang seringkali menjadi tumpuan ramai dan dijadikan destinasi untuk melancong adalah Korea
Memang betul. Di Korea terdapat banyak tumpuan pelancong yang boleh dikunjungi. Bukan setakat itu sahaja, jika anda berada di sana memang banyak gambar menarik yang boleh dimuat naik di media sosial sebab setiap tempat dan pemandangan di Korea amatlah mengagumkan dan kaya dengan kecantikan semula jadi.
Senang cerita, di Korea ini memang takkan puas kalau pergi sekali. Kena pergi berkali-kali barulah anda habis terokai semua tempat! Tapi bajet macam mana pula eh? Untuk yang pertama kali ingin ke Korea, pastikan anda gunakan itinerari dan tips yang betul ya.
Jika anda ingin tahu lebih, boleh ikuti itinerari selama 13 hari di Korea yang dikongsikan oleh Shafika Suhaimi di laman Facebook miliknya. Paling best, dia spent tak sampai RM3,000!
Dalam itinerari ini, ianya merupakan trip 13 hari di Korea dan gadis ini turut berkunjung ke Busan-Jeonju-Jeongjeup-Seoul-Sokcho (Mount Sorak)- Seoul. Banyak betul tempat yang boleh diterokai dalam masa 13 hari sahaja.
Bagaimana? Lihat perkongsian penuh di bawah:
Ini merupakan pecahan kos yang digunakan selama berada di Korea. Memang tak sampai RM3,000!
Tapi makan dan membeli-belah asing ya. :)
Flight: RM720 + RM239 (Makan + Luggage pergi 20kg, balik 30kg (can get more cheaper since semua benda iolss beli separate, kihkih)
Guest House: 1352/2 = RM676
Internet: 146/2 = RM73 (Recommended! Roaming Man, No deposit and laju giler. Atas bukit semua dapat!)
Insuran: RM89 (Etiqa360)
Everland: RM142 incl bas transfer (Beli kat Klook, advice to take bas transfer more convenient)
T-Money: KRW 100,00
Bus Gimhae Busan Airport to Busan: KRW 6,000
Danubi Train Taejondae: KRW 3,000
Bas ke Jeonju: KRW 24,400
Taxi Ke GH Jeonju: KRW 5,300/2 = KRW 2,650
Tiket bas Jeonju-Jeongeup-Naejangsan: KRW 6,500
Simpan Beg Bus Station Jeonggeup: KRW 4000
Entrance Naejangsan&Cable Car: KRW 12,000
Tiket bas Ke Seoul: KRW 23,200
Tiket bas Ke Sokcho: KRW 20,300
Bas ke GH in Sokcho: KRW 1,400 (Tak boleh guna T-Money)
Bot Abai Village: KRW 1000
Bas Ke Mount Seorak: KRW 2,800 return (Tak boleh guna T-Money)
Entrance + Cable Car Mount Seorak: KRW 13,500
Bas balik ke Seoul dari Sokcho: KRW 20,300
Namsam Tower Entrance: KRW 13,500 incl sharing popcorn air haha
ITX to Nami Island: KRW12,700 (Ni pun sis keliru, ada cakap boleh guna T-Money. Ada cakap beli separate)
Bus Limousine To Incheon Airport: KRW 15,000
Total: RM1939 + KRW 184,250 (Tukaran 0.0036 = RM663 (genapkan). RM1939+ RM 663= RM2602 exclude shopping and makan.
13 hari di Korea.
Jom lihat mana tempat menarik yang perlu dikunjungi!
Ahad 3/11
Jalan area BFF Square
Isnin 4/11
Taejondae
Okyukdo
Gamcheon Village
Jagalchi
BFF Square
Selasa 5/11
Bus - Jeonju
Round Jeonju Hanok Village (Cantik and better dari Seoul)
Jaman Mural Art
Rehat
Rabu 6/11
Bas ke Jeongjeup - Naejangsan
Naejangsan hiking half way 0.4km tp penat giler! Pls do research, well prepare ok! (Lawa giler)
Bas Naejangsan-Jeongjeup-Seoul
Khamis 7/11
Bas ke Sokcho
Pantai Sokcho
Abai Village (Tempat Autumn in my Heart)
Jungang Market (Wajib! best giler!)
Night Market Sokcho
Jumaat 8/11
Mount Seorakan enjoy hiking sikit
Balik Seoul jem teruk so sampai lewat terus check in tidor
Sabtu 9/11
Namdemuan Market
Namsam tower
Myeondong
Ahad 10/11
Ewha University
Hongik University
Itaewon makan di EID, memang menapak gugur lemak nak sampai
Itaewon Mosque
Myeondong
Isnin 11/11
Everland
Dongdameun Design Plaza
Dotta Mall
Cheonggyecheon Stream (Kebetulan ada festival belah lain, sejam menapak turun naik train belah lain) Cis! Tapi worth it!
City Hall
Myeondong
Selasa 12/11
Hanok Buchon Village
Changdeokgung Palace (Gyeongbokgung tutup hari Selasa)
The Ordinary Outlet (Jauh jugak ke sini)
Starfield Coex Library
Myeondong
Rabu 13/11
Hangang River
Nami Island (Tempat ni lebih kurang 3jam dari bandar Seoul)
Gamcheon Rail Bike (Tak jadi sebab hujan plus kaki sakit giler dh)
Myeondong
Khamis 14/11
Haneul Park (Lalang bukan sebarang lalang)
Yeuido Park (boleh berbasikal tapi we guys dah sejuk 3darjah celcius)
Hongdae Street
Myeondong
Jumaat 15/11
Balik Malaysia
Bajet diberikan juga adalah termasuk kos sesat jalan dan sebagainya. Jadi jangan risau, anda masih boleh jimat! :D
Budget untuk makan adalah 10k won satu dish, so imagine la setiap kali makan RM 36 hehe. Kos makan and shopping kami spare 1.5k sahaja termasuk beli air susu hari hari. Mostly entrance kat Busan semua FREE! Shopping is a MUST even plan asal taknak shopping. Memang rambang mata tengok skincare!
For transportation actually korang boleh jimat lagi since we olss hari hari ke Myeongdong, kos setiap kali touch KRW 1,250. And banyak jugak silap exit. Haha. Touch lain pulak! Kos lagi! Iolss guna naver maps je walaupun kadang2 tak guna jugak, cumaaaaaaanyaaaa bas kau nk sampai seminit lg punn kau tahu and sangat tepat! Bestttt!
Korang sebenarnya boleh rancang lebih awal mana dekat, mana jauh. Janganlah jadi macam kami. Haha. Sebab tak tahan lapar patah balik area Myeondong. Agak jauh. So terpaksa pergi balik route transportation yang sama. Makan masa okay! Plan your destination, follow Road To Korea (RTK) rapat rapat.
Tips makanan halal, bawak la meggi sambal2 but please jangan bawak instant ayam daging buah2 ke apa. Nanti sangkut kat Imi, tak jadi holiday kita. Bawak sardin ok! Spare makanan time jalan sbb haish susah la cr makanan halal area lain selain itaewon or myeondong. Mencari yang halal itu fardu! And makanan di Korea sangatlah sedap!
Seronoknya Korea!
Setiap gambar diambil memang cantik dengan latar belakang yang begitu indah.