seismik

3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Pemandu Wanita Dipercayai Orang Kurang Siuman

Sedihnya, salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga pelajar lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut dalam kejadian dirempuh pemandu wanita yang dipercayai orag kurang siuman

Difahamkan, kemalangan tragis itu berlaku berhampiran pintu masuk kampus universiti awam tersebut sekitar 7.30 malam pada Rabu, 9 Oktober. Keempat-empat mangsa ketika itu baru pulang daripada makan malam.

Mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, pelajar jurusan Ijazah Perhotelan, manakala Khairil Anuar Jamaluddin, 20, dan Mohd Akhmal Tukirin, 20, adalah pelajar Ijazah Perakaunan.

Seorang lagi mangsa berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan turut cedera parah kini difahamkan telah stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Image via Berita Harian

Menurut laporan Sinar Harian, empat pelajar menunggang dua buah motosikal dirempuh sebuah SUV jenis Honda CRV yang dipandu oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, pemandu wanita tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Image via SInar Harian
Image via Sinar Harian

Ketika kejadian, ibu bapa salah seorang mangsa dikatakan dalam perjalanan menunaikan umrah

Menurut laporan Berita Harian, Ku Adib Aizab adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Ketika nahas menimpa anak mereka, pasangan itu dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

Difahamkan, pasangan itu pulang semula ke Kuala Lumpur dan berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul berkata kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Dalam pada itu, Rektor UiTM Dungun menerusi Instagram menyebut tiga jenazah akan dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun jam 10 pagi ini, disolatkan di Masjid UiTM Dungun sebelum dibawa pulang ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: