seismik

5 Jenama Malaysia Yang Sebenarnya Dapat Daripada Kata Akronim - "Panjang Rupa-Rupanya!"

Jalen tu rupanya gabungan Jalil Enterprise.

Cover image via @fiqri91 (X) & Carousell

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda? Sebenarnya banyak jenama Malaysia yang merupakan gabungan akronim

Tidak dinafikan susah untuk mencipta satu perkataan yang sangat catchy dan unik. Oleh sebab itu, ramai pengusaha di luar sana memilih untuk menggabungkan sebahagian nama panjang syarikat mereka untuk dijadikan jenama syarikat. 

Jom ketahui nama penuh jenama Malaysia ini di bawah!

1. DRB-HICOM (Diversified Resources Berhad - Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad)

Image via Harian Metro

DRB-HICOM Berhad ialah sebuah syarikat infrastruktur Malaysia yang terlibat dalam industri pembuatan, pemasangan dan pengedaran automotif. Projeknya termasuk penglibatan dalam kereta penumpang dan kenderaan pacuan empat roda segmen pasaran kenderaan, projek trak kebangsaan dan projek motosikal nasional.

4. Habhal (Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latiff)

Image via eBay

Siapa je yang tak kenal Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL dekat Malaysia ini kan?

Habhal adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif. Beliau adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara. Beliau adalah anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi. 

Pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, ‘Mahmood Kicap’.

2. Jalen (Jalil Enterprise)

Image via postimg.cc

Jalen merupakan pengilang kicap terkenal di Malaysia. Jalen telah telah menghasilkan 16 buah produk iaitu kicap manis, kicap lemak manis (premium), kicap masin, kicap lemak, kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos berperasa tiram, cuka buatan, taucho masin, dan kordial yang terdapat dalam 7 pilihan perasa iaitu sirap ros, oren, barli, mangga, laici, sarsi dan anggur.

3. Pensonic (Penang Sonic)

Kumpulan Pensonic merupakah sebuah syarikat peralatan elektrik yang bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang pada tahun 1965. Nama Pensonic direka dengan menggabungkan “Pen” dan “sonic” yang bermaksud "Bunyi Pulau Pinang" (Sound of Penang).

5. NSK (New Seng Kee)

Image via Google

NSK Trade City merupakan sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan di Malaysia. Kini, jenama ini telah mempunyai lebih 10 cawangan dibuka di seluruh Malaysia. NSK juga terkenal dengan harga barangan secara borong dan murah.

Fuh, baru admin tahu rupa-rupanya ini nama penuh jenama Malaysia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: