"Tolonglah Jaga Adab" - Keluarga Bersilat Di Masjid Nabawi Ini Cetus Perdebatan Ramai
Ramai yang kecam perbuatan mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 27 saat yang menunjukkan tiga beranak sedang bersilat di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah
Seorang lelaki dan dua kanak-kanak mengenakan busana Melayu dan bertanjak semasa mempersembahkan pertunjukan silat.
Perkara itu dianggap janggal dan memberikan imej buruk kepada jemaah Malaysia lain. Video tersebut kemudian tular di Facebook dan telah mendapat perhatian ramai.
Video tersebut mendapat pelbagai kecaman oleh netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 3K tontonan, 4K komen dan 3K kongsi di Facebook.
Ada netizen yang menganggap perkara itu boleh saja dilakukan. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan itu agak keterlaluan.
Berikut merupakan komen netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!