Staf Request Tak Nak Annual Dinner, Tapi Bos Ganti Dengan Duit RM6K Setiap Seorang. Wow!
Nak juga kalau macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap syarikat sudah tentu akan mengadakan annual dinner
Majlis makan malam itu diadakan sebagai tanda menghargai penat lelah setiap pekerja di dalam syarikat. Pekerja juga berpeluang untuk menang cabutan bertuah.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang majikan di Taiwan terpaksa membatalkan majlis makan malam tahunan syarikatnya telah mencuri tumpuan.
Alasannya membatalkan majlis itu adalah disebabkan pekerjanya merasa tertekan apabila makan malam dengan pengilang atau klien.
Sehubungan dengan itu, majikannya terpaksa membatalkan dan memberikan setiap seorang pekerja wang tunai sebanyak 10,000 yuan (RM6,677.40) untuk menghargai kerja keras mereka.
Majikannya juga percaya mendengar masalah pekerja dan menjaga kebajikan mereka merupakan satu langkah yang baik.
"Boss, I sent my resume to you" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 91K tanda suka, 2K komen dan 300 kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memuji tindakan majikannya itu.
Berikut merupakan komen netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!