Pengantin Nak Upah Photographer Hanya RM100 Untuk Tekan Kamera Saja Ini Cetus Bualan Ramai
Hmm, rasanya tak ada orang tawarkan service macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaanya, pihak pengantin akan mengupah perkhidmatan jurugambar untuk mengambil gambar momen perkahwinan mereka
Pakej perkhidmatan fotografi dan videografi untuk pengantin sememangnya tidak murah. Tetapi disebabkan kenangan manis itu, ramai saja yang sanggup mengupah jurugambar.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang menunjukkan pasangan pengantin ingin mengupah jurugambar yang tukang tekan kamera saja telah mencuri tumpuan.
"Kalau kamera pengantin sendiri sediakan boleh ke upah photographer untuk tolong tekan kamera je?" tulisnya.
Individu tersebut mahu mengupah RM100 sehari kepada jurugambar yang sudi
"Bajet RM100 sehari (bangla kerja penat pun gaji RM80 je sehari). Upah photographer tolong tekan-tekan je. Nak upah family, semua sibuk layan tetamu" tulisnya.
Difahamkan majlis tersebut akan diadakan pada 24 Februari mulai jam 8 pagi hingga 6.30 petang.
Netizen pula berang dengan pertanyaannya sehingga ada yang memerli di ruangan komen
Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih sehingga 644K tontonan, 1K reposts dan 2K tanda suka di X.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!