seismik

Selamba Koyak Helaian Al-Quran & Dilemparkan Ke Jalan, Lelaki Ini Akhirnya Ditahan Polis

Semoga Allah bagi balasan yang setimpal.

Cover image via PDRM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah kes lelaki yang disyaki membuang kitab suci di halaman rumah

Menurut sumber, polis telah menahan lelaki yang disyaki membuang cebisan al-Quran di Jalan Besar Palong semalam. 

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata tangkapan dilakukan selepas pihak polis menerima laporan sebanyak tiga kali berhubung kes itu. 

"Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan ternampak seorang lelaki menaiki motosikal melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang dikoyakkan. Polis turut menerima dua laporan tentang penemuan helaian dan senaskah al-Quran di atas jalan raya," katanya.

Suspek kemudian ditahan dan mengaku terlibat dalam kejadian terbabit. 

Image via PDRM
Image via PDRM

Hasil ujian saringan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan

Suspek berumur 37 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine. Tambahan pula, suspek mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Permohonan reman akan dilakukan di mahkamah di bawah Seksyen 11 Kanun Prosedur Jenayah esok. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: