Anak Murid Tak Bagi Cikgu Pindah Sebab Dah Terjatuh Cinta - "Baik Pantau Anak Gadis Anda"
Amboi, berani ya budak sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman belajar di sekolah dulu, kita sebagai pelajar sudah pasti pernah mengalami pertukaran guru bukan?
Kadangkala kita akan terkesan dengan perkara tersebut disebabkan kita sudah biasa dengan cara guru itu mengajar.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan anak murid di sekolah tak izinkan gurunya berpindah sekolah telah mencuri tumpuan.
Difahamkan cikgu itu membahasakan dirinya sebagai Sir. Dia dilihat membalas tentang penukaran sekolah di WhatsApp. Selain itu, dia juga mendoakan kejayaan anak muridnya itu.
Tetapi apa yang lebih tak disangka adalah apabila anak muridnya tidak membenarkan gurunya berpindah kerana dia telah jatuh cinta.
"Boleh tak sir jangan pindah? Saya tak semangat nak datang sekolah dah sir tak ada. Saya suka kat sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni. Saya dah lama suka dekat sir. Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat sir, tolonglah sir balik sekolah ni ajar kelas saya semula" tulis anak murid itu.
Susulan itu, netizen turut menasihati ibu bapa di luar sana supaya pantau anak gadis masing-masing
Ketika artikel ini ditulis, posting itu meraih sehingga 348.4K views, 1K reposts dan 2K likes di laman X.
Berikut merupakan reaksi netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!