seismik

Netizen Kagum Tengok Video Shooting Behind The Scene Dalam Kapal Terbang - "Jimat Kos Ni"

Kreatif betul ya, tak payah duduk dalam kapal terbang pun.

Cover image via @budakgambang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kita lihat drama-drama Melayu di kaca TV betul tak?

Apabila berlakon pada babak tertentu terutamanya di dalam kapal terbang, kita sudah pasti akan berfikir mereka membuat penggambaran di dalam kapal terbang. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Facebook yang memaparkan belakang tabir sebuah penggambaran drama Melayu telah mencuri tumpuan. 

Ramai yang terpukau melihat belakang tabir penggambaran babak dalam kapal terbang itu. Rupa-rupanya tingkap dan kerusi kapal terbang hanyalah set dan props yang digunakan semasa shooting.

Latar belakang yang memaparkan suasana langit dan awan itu juga dipasang menggunakan televisyen. Lebih teruja lagi adalah apabila terdapat seorang gadis yang berlakon sebagai pramugari yang sedang membuat announcement. 

"Takkan lah nak berlakon betul-betul dalam flight, gila nak angkut semua benda. Semua crew, nak berapa jam travel kalau asyik cut tak jadi je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 21K tanda suka dan 1K komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di Facebook:

Macam tu rupa-rupanya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: