Tular Video Suami Teman Isteri Jerit Sebab Nak Lepaskan Stres - "Definisi Supportive"
Sebak pula admin tengok mak cik tu jerit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hubungan suami isteri sudah tentu akan ada pasang surutnya
Namun, dalam sesuatu hubungan itu, pasangan kita lah yang akan ada bersama untuk mengharungi setiap cabaran dan ujian.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan suami isteri dilihat melepaskan stres mereka di Jerai Sky View telah mencuri tumpuan.
Dapat dilihat seorang pak cik dan mak cik sedang bersiar-siar di Jerai Sky View, Puncak Gunung Jerai. Pak cik itu bertanya kepada isterinya sama ada dia ingin jerit di mana.
Isterinya pula menjawab dia ingin menjerit di hujung tempat itu untuk melepaskan stres.
Mereka berdua dilihat menjerit dengan sekuat hati
Apa yang lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan pak cik itu yang mengiyakan saja kehendak isterinya.
Dia juga dilihat sangat supportive dengan menjerit sekali bersama isterinya. Tambahan pula, pak cik tu dilihat memberikan tepukan kepada isterinya yang berani menjerit itu.
Selepas kejadian itu, mak cik berkenaan terus memeluk suaminya kerana sebak.
"The way pak cik tu tunjuk good and support her eeee comel sangat" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 806K tontonan, 106K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dan sebak.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!