seismik

5 Jenis Senaman Mudah Untuk Hilangkan Double Chin, Boleh Cuba Buat Setiap Hari

Kena konsisten, baru nampak hasil!

Cover image via CNA Lifestyle & InStyle

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya masalah double chin bukan saja terjadi kepada orang yang gemuk

Orang kurus pun boleh ada masalah double chin ini tau. Apa punca ia terjadi? Masalah ini timbul kerana terdapat cairan yang terkumpul dan tidak dapat dicerna dengan baik.

Memang stres dibuatnya bila ada double chin ni. Hilang terus keyakinan diri. Nak bergambar pun tak konfiden. Betul tak?

Jangan risau! Kali ini kami di Seismik akan kongsikan beberapa senaman mudah yang anda boleh buat untuk hilangkan masalah ini. Yang penting, kena rajin buat selalu tau?

1. The Kiss

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com
  • Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
  • Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
  • Rileks dan tegakkan semula kepala
  • Buat sekali lagi sehingga 15 kali

2. Jaw Jut

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com
  • Dongakkan kepala sehingga memandang siling
  • Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa tegang di bawah dagu
  • Buat kiraan sehingga 10 dan rileks kan semula rahang
  • Ulang 10 kali

3. Stick It Out

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com
  • Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
  • Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
  • Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
  • Ulang sehingga 10 kali

4. Tongue On Teeth

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com
  • Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
  • Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
  • Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
  • Lakukan selama satu minit
  • Rileks dan ulang sekali lagi

5. Neck Roll

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com
  • Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
  • Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
  • Kembalikan kepala ke posisi asal
  • Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
  • Ulang semula dalam masa 30 saat

Jadi, lepas ini anda boleh lah cuba lima cara mudah di atas untuk hilangkan double chin. Good luck!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: