'Kurang Ajar!'- Netizen Bengang 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci al-Quran Disita

Kejadian berlaku di Melaka.

Laporan Kosmo! Online semalam benar-benar membangkit kemarahan orang ramai apabila 500 alas kaki mengandungi lapisan kertas ayat-ayat suci al-Quran ditemui di sebuah gudang di Melaka

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka menyerbu sebuah gudang pembekal barang keperluan rumah ekoran kejadian viral sekeping gambar alas kaki mengandungi ayat al-quran yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna minggu lalu.

Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kesemua 500 alas kaki mengandungi kertas tertera ayat-ayat suci al-Quran itu dirampas untuk siasatan

"Hasil pemeriksaan mendapati alas kaki yang dibekalkan dari Indonesia ini mengandungi kertas ayat-ayat suci al-Quran dan kita menyita kesemuanya mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana menghina agama," katanya.

kosmo.com.my

Kosmo! juga telah memuat video serbuan tersebut di laman Facebook. Ia terus menjadi topik hangat di sosial media dan sehingga kini telah menerima sebanyak lebih 7 ribu shares dan lebih 279 ribu tontonan.

Rata-rata netizen berasa bengang setelah menonton video tersebut dan menyifatkan perbuatan tersebut amatlah biadab

Tonton video penuh di bawah:

JAIM serbu kedai jual alas kaki mengandungi kertas bertulis ay...

500 alas kaki mengandungi ayat suci al-Quran disita http://ow.ly/SOkq306HvSz

#videokosmo oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Posted by Kosmo Online on Thursday, 1 December 2016

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment