seismik

7 Ramalan Netizen Tentang Malaysia Selepas Video Muhyiddin Tersebar

Macam-macam orang kita ni.

Cover image via SAYS

Buat masa ini, mungkin semua sudah sedia maklum berkenaan video kenyataan Muhyiddin yang memberitahu Perdana Menteri pernah mengaku jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya:

Selepas video itu menjadi viral sejak semalam, ini apa yang netizen ramalkan bakal menjadi topik utama yang dibincangkan dalam media negara Malaysia selepas ini:

Topik 1: "Itu semua fitnah!" Najib menangkis kenyataan Muhyiddin. Bekas TPM itu juga akan disaman kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Topik 2: Kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib diperhebat lagi dengan hashtag #NajibPergiMampus. Kedudukan Najib semakin terancam.

Topik 3: Muhyiddin dilantik semula menjadi TPM selepas meraih undian tertinggi AFUNDI MASUK dari orang ramai. Dah macam Akademi Fantasia.

Topik 4: Perdana Menteri baru, Diva Azwan Ali memperkenalkan 7 dasar baru kerajaan yang tak pernah dibuat sebelum ini. Ada sesiapa berani lawan?

Image via SAYS.com
Image via www.ohbulan.com
Image via www.ohbulan.com

Topik 5: Najib "ditendang" selepas BERSIH 4.0. Zahid Hamidi naik pangkat menjadi Perdana Menteri ke-7. Kemudian Zahid pula "ditendang" selepas BERSIH 5.0. Orang baru jadi PM, lepastu kena kick lagi lepas BERSIH 6.0. Dan begitulah seterusnya.

Image via SAYS.com

Topik 6: Rani Kulop dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-11 selepas Ahmad Maslan berdasarkan teori R.A.H.M.A.N. #Kipidap #Dongibab

Topik 7: Barisan Nasional mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan selepas memenangi PRU-14. Walau apa pun terjadi, BN tetap menang.

Image via SAYS.com

Agaknya apa lagi yang akan terjadi ya?

You may be interested in: