Ada Yang Sanggup Bayar RM18 Beli & Makan Egg Tart ‘Topping’ Kumbang Air Gergasi

Berani cuba rasa tak?

Cover ImageCover image via Weibo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran membawa konsep kelainan dalam dunia kulinari ke tahap yang baharu dengan menjadikan serangga sebagai topping pencuci mulut egg tart

Premis makanan tempatan di Shunde, Guangdong, di China itu baru-baru ini memperkenalkan 'water roach egg tart', yang menampilkan seekor serangga gergasi rangup diletakkan di atas hidangan pastri tersebut.

Dijual pada harga 28 yuan (RM18) untuk tiga biji, hidangan lain daripada yang lain ini dengan pantas menjadi tular di media sosial China, menurut South China Morning Post.

SAYS.com
Image via Weibo

Walaupun rupanya dilihat kurang menyelerakan, pemilik restoran, Pan, menjelaskan bahawa 'lipas air' itu sebenarnya merupakan sejenis kumbang air yang boleh dimakan

Dia menjelaskan bahawa penyediaan serangga ini memerlukan ketelitian, ia dimulakan dengan proses menghilangkan bau, diikuti dengan penggorengan pada suhu yang dikawal rapi.

Bahagian sayapnya dibiarkan utuh sebagai hiasan, memberikan pengalaman menjamah hidangan yang manis dan gurih, digambarkan oleh Pan sebagai 'lapisan kerepek kentang rangup di atas tart telur'.

Kumbang air ini dikatakan sangat berguna dalam perubatan tradisional Cina kerana dipercayai mampu menyihatkan kulit dan buah pinggang.

Ia juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah darah tersumbat serta menguatkan otot dan tulang.

SAYS.com
Image via Weibo

20 set terjual sehari, dengan penggemar makanan yang ingin tahu sanggup datang dari Guangzhou dan Hong Kong semata-mata untuk mencubanya

Orang ramai memberikan reaksi yang bercampur-campur, malah ada penduduk tempatan yang berasa loya melihat hidangan tersebut.

"Melihatnya sahaja pun saya tidak sanggup, apatah lagi mahu memakannya," komen seorang pengguna media sosial.

Guangdong terkenal dengan lipas terbang gergasinya, satu fakta yang menambah lagi kehebohan dalam talian mengenai hidangan ini.

Walaupun terdapat ulasan daripada mereka yang berasa geli, Pan tetap berhasrat untuk terus mencipta hidangan inovatif yang mempunyai khasiat terapi pemakanan buat pelanggan-pelanggannya yang berani mencuba sesuatu yang baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS