Adakah Kawasan Mengundi Berubah Jika Anda Tukar Alamat Pada MyKad?

Macam mana ya?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda telah menukar alamat pada MyKad, jangan anggap kawasan mengundi turut juga telah berubah secara automatik

Ramai rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari bahawa menukar alamat pada kad pengenalan (IC) tidak akan mengemas kini kawasan mengundi secara automatik.

Sebagai contoh, anda mungkin berasal dari Melaka kemudian kini tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Walaupun anda mengemas kini alamat MyKad anda ke rumah semasa di KL, anda masih akan kekal sebagai pengundi di Melaka.

Perkara ini akan berubah melainkan anda memohon secara berasingan untuk menukar alamat mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam erti kata lain, alamat pada IC dan kawasan mengundi anda boleh berbeza.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Boleh ke mengundi jika alamat IC dan kawasan pengundian tidak sepadan?

Ya. Selagi nama anda didaftarkan dalam daftar pemilih untuk kawasan pilihan raya tertentu, anda dibenarkan secara sah untuk mengundi di kawasan berkenaan, tanpa mengira alamat yang dinyatakan pada MyKad anda.

Jadi, jika anda berpindah dari Melaka ke Kuala Lumpur dan hanya menukar alamat Kad Pengenalan anda tanpa mengemas kini butiran pengundian anda dengan SPR, anda masih akan mengundi di kawasan pilihan raya asal anda di Melaka.

Jika anda ingin menukar kawasan pengundian kepada tempat tinggal semasa, terdapat langkah tambahan yang perlu dilakukan.

Pertama, anda mesti mengemas kini alamat pada MyKad. Selepas itu barulah anda boleh mengemukakan permohonan untuk menukar alamat mengundi anda dengan SPR, kerana mempunyai alamat IC yang dikemas kini adalah prasyarat untuk menukar kawasan pengundian anda.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Tak pasti dekat mana anda berdaftar untuk mengundi?

Tidak kira apa alamat yang tertera pada IC, anda sentiasa boleh menyemak kawasan mengundi semasa melalui laman web MySPR Semak.

Ini membolehkan anda mengesahkan pusat mengundi dan memutuskan sama ada anda ingin terus mengundi di lokasi terbabit atau memohon untuk menukar alamat mengundi anda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS