seismik

"Adat Orang Jawa" - Tradisi Turun Tanah Untuk Anak Kecil Kian Dilupakan Ini Jadi Tumpuan

Tak pernah dengar pula adat ni.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, adat dan tradisi orang dulu-dulu sering dilupakan pada masa kini

Iyalah, peredaran zaman dan teknologi sains juga menjadi faktor kenapa masyarakat kini terus mengabaikan tradisi lama.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang kanak-kanak lelaki yang disuruh memilih objek di atas tanah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shfzrn_official Adik sufi pilih buku nanti jadi ulat buku suka membaca dan belajar #adatjawa #fyp #fyp Cute Baby Song - My Little Boo

Merangkak sambil memilih objek di atas tikar

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @shfzrn_official di TikTok, kelihatan satu keluarga sedang mengamalkan tradisi Jawa yang dikenali sebagai ‘turun tanah’.

Dalam video itu, neneknya dilihat sedang berusaha membantu cucunya berjalan sehingga ke tikar dan dibiarkannya merangkak.

Anak kecil itu kemudian dibiarkan memilih objek di hadapannya kerana menurut adat tersebut, ia dapat menggambarkan masa depan apabila sudah dewasa.

“Kalau dia ambil duit dah besar nanti jadi Menteri Kewangan” - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 185.9K tontonan, 3.5K tanda suka dan 119 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman dan ada yang tertanya-tanya tentang kesahihan adat tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baru tahu adat ni wujud. Dapat juga belajar benda baru hari ni :)

Image via GIFER

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: