seismik

Adik Kepada Zayn Rayyan Kini Dijaga Oleh JKM & Dibawa Ke Hospital Untuk Pemeriksaan

Difahamkan, terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adik kepada kanak-kanak autisme, arwah Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh Disember tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor

Menurut laporan Harian Metro, JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim telah mengesahkan perkara itu selepas dihubungi oleh pihak media.

Image via mStar

Terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit

"Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil," katanya.

Terdahulu, ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: