seismik

Agong Terima Peletakan Jawatan Tun M, Kini Dilantik Sebagai Perdana Menteri Interim

Tun Mahathir juga akan meneruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet yang baru dibentuk.

Cover image via sinar harian

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengejutkan negara dengan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Image via Jakarta post

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan bahawa satu ikatan baru bakal ditubuhkan membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Terdahulu semalam, pemimpin yang telah merangkul jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali kedua itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di istana negara bersama sebilangan ahli parlimen.


Terbaru hari ini, selepas mengesahkan peletakan jawatan beliau, Tun Mahathir sekali lagi pergi menghadap YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi

Image via Harian Metro

Menerusi laporan Malaysiakini, Tun Mahathir dilihat telah tiba di Istana Negara pada jam 4:45 petang tadi bagi pertemuan itu dan dilihat keluar pada kira-kira 6:18 petang.

Selain Tun Mahathir, Free Malaysia Today melaporkan bahawa semua ahli parlimen dari Barisan Nasional dan PAS juga akan pergi ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Terbaru, Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, baginda Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun berkenan melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk," kata kenyataan itu.

Mohd Zuki berkata susulan itu, Tun Mahathir juga akan meneruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet yang baru dibentuk.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: