seismik

AirAsia Kini Mengenakan Caj RM20 & RM30 Untuk Daftar Masuk Di Kaunter

Kaki travel, take note!

Cover image via Reuters/Malay Mail

Syarikat penerbangan murah, AirAsia kini mengenakan caj daftar masuk (check-in) sebanyak RM20 dan RM30 untuk setiap pendaftaran di kaunter

Image via Soya Cincau

Caj daftar masuk ini akan dikenakan di beberapa lapangan terbang terpilih iaitu RM20 bagi penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa.

Caj tersebut akan dikenakan di kaunter lapangan terbang di negara-negara di bawah:

  1. Malaysia
  2. Vietnam
  3. Brunei
  4. Kemboja
  5. Laoes
  6. Taipei
  7. Kaohsiung
  8. Honolulu, Hawaii

Namun begitu, tiada bayaran akan dikenakan bagi penggunaan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih atau laman web AirAsia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata, caj itu adalah untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital yang mana syarikat penerbangan tersebut telah membelanjakan kos yang besar untuk meningkatkan kecekapan operasi serta kemudahan pengguna.

“Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami.

“Dalam dua bulan lepas, beribu-ribu tetamu yang melakukan perjalanan penting telah menggunakan prosedur perjalanan tanpa sentuhan kami yang merupakan langkah keselamatan dan sekuriti tambahan untuk kesejahteraan dan keselamatan para tetamu dan kakitangan kami,” katanya.

AirAsia juga merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia

Tambahan pula, para penumpang boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar.

Walau bagaimanapun, pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter akan diberikan kepada tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta beberapa pengecualian lain.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari laman web AirAsia di link ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: