seismik

Akaun Palsu @MyJAKlM Kembali Aktif, Dr Zulkifli Mohon Netizen Untuk Report Kepada Twitter

Ejaan akaun palsu itu menggunakan huruf L kecil menggantikan huruf I besar dalam akaun asal.

Cover image via @drzul_albakri (Twitter) & Astro Awani

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru kepada orang ramai untuk membuat laporan kepada Twitter tentang kewujudan satu akaun palsu yang menggunakan nama @MyJAKlM

Selain itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga memaklumkan akan cuba menyiasat balik dakwaan itu kerana mengikut info akaun berkenaan telah dihapuskan.

Menerusi ciapan di Twitter, pihak JAKIM turut memberitahu, sekiranya ianya kembali aktif pihaknya ingin memaklumkan bahawa itu bukan akaun rasmi JAKIM mereka.

Pada Oktober lalu, akaun @MyJAKlM itu pernah digantung oleh Twitter sendiri selepas didapati dengan niat memuat naik hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini akaun palsu itu dilihat kembali semula 'aktif' di laman media sosial berkenaan dan ianya menimbulkan kurang senang oleh pihak Dr Zulkifli dan JAKIM.

Hasil tinjauan di Twitter, akaun palsu itu dilihat masih aktif di media sosial berkenaan dan membuat ciapan terakhir padanya 5 November lalu

Akaun Twitter palsu yang menggunakan nama mirip JAKIM itu hanya diikuti 124 pengguna ketika artikel ini ditulis.

Selain itu, akaun itu juga menggunakan nama dan logo sama, kecuali ejaan akaun palsu menggunakan huruf L kecil menggantikan huruf I besar dalam akaun asal.

Malah, logonya juga nampak sama tetapi ditambah dengan perkataan ‘Just Kidding’ dan juga didakwa sering membuat ciapan dengan menyeleweng ayat al-Quran dan hadis.

Akaun Twitter palsu @MyJAKlM yang dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Image via @MyJAKlM (Twitter)

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial menyahut seruan yang diminta oleh Dr Zulkifli bagi membuat laporan terhadap akaun palsu terbabit di Twitter

Antara komen daripada pengguna media sosial di Twitter berkenaan isu tersebut:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: