seismik

Pengantin Ini Bertongkat Di Majlis Perkahwinannya Lepas Terseliuh Selamatkan Kucing

Mulianya hati seorang wanita. ;)

Cover image via Hafizudin Hamdan Photography

Hari perkahwinan seharusnya menjadi hari yang paling bahagia untuk setiap pasangan. Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan majlis perkahwinan yang pertama dalam sebuah keluarga.

Namun begitu, lain pula dengan kisah seorang wanita yang telah menghadiri majlis perkahwinannya sendiri dengan bertongkat dan kaki berbalut. Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Siti Naqiah telah terseliuh kaki tiga hari selepas Akad Nikah kerana menyelamatkan seekor kucing.

Mulianya hati wanita ini...

Naqiah kelihatan begitu menawan dan kejadian itu langsung tidak menjejaskan keanggunannya. Malah, dia tampak lebih unik sebenarnya.

Bukan setakat itu sahaja, pengantin perempuan juga terpaksa mengenakan 'sneakers' sebagai kasut di hari perkahwinannya. Memang comel sangat!

Kalau dah cantik, pakailah apa pun, masih akan nampak cantik.

Kami doakan supaya Siti Naqiah dan suami, Dr Amirul Ariff akan kekal menjadi suami isteri hingga ke Jannah.

Tahniah! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pula masalah yang dihadapi oleh photographer di majlis perkahwinan yang tak cukup lighting:

Cantiknya gaun-gaun Yuna! <3

Rasa nak kahwin sekarang je bila tengok majlis perkahwinan orang lain!

You may be interested in: