Akibat Tertidur Waktu Maghrib, Housemate Prank Guna Kostum Seram Ini Undang Tawa Ramai
Gelabah teruk member tu.
Sejak kecil lagi kita sering mendengar nasihat supaya untuk tidak tidur selepas waktu Asar
Mungkin daripada sudut kesihatan ia mampu memberi kesan buruk pada bahagian dalaman setiap individu.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan gelagat sekawan remaja prank rakan mereka yang sedang tidur telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut member bangun-bangun tidur nampak 'lembaga' terpacak depan mata
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mynameisdzaky di TikTok, dilihat beberapa orang remaja memperagakan kostum seram bagi menakutkan seorang rakan mereka yang sedang tidur.
Apa yang lebih melucukan adalah reaksi rakannya itu ketika bangun tidur. Dia sangat terkejut dan nampak jelas rasa takut.
"Member tu terus trauma lepasni nak tidur Maghrib" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 1.7M tontonan, 187.7K tanda suka dan 1.9K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi remaja itu ketika terkejut.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!